![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/75/Ustaz_Kazim_Elias_%25288554304872%2529.jpg/640px-Ustaz_Kazim_Elias_%25288554304872%2529.jpg&w=640&q=50)
Mohammad Kazim Elias
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Ustaz Mohammad Kazim Elias (lahir 28 November 1972) ialah seorang penceramah bebas[1] dan personaliti media Malaysia. Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Dato Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah Diarkibkan 2021-01-18 di Wayback Machine iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Dato Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.
Kazim Elias PMW DPMP(Perak) | |
---|---|
![]() Dato Ustaz Kazim Elias ketika menyampaikan ceramah agama pada 2013 | |
Kelahiran | Mohammad Kazim bin Elias (1972-11-28) 28 November 1972 (umur 51) |
Pendidikan | Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak |
Pekerjaan | Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Ustaz, Pendakwah Bebas, pelakon |
Terkenal kerana | Pusat Pendidikan Al Barakah, Forum Perdana Ehwal Islam, Kalau Dah Jodoh, Tanyalah Ustaz, Perak FM |
Ibu bapa | Nazirah binti Ismail Elias bin Che Mat |
Saudara | YB Dato' Haji Mohd Najmuddin Elias (Abang) Ahmad Hasbullah Alias (Abang) |
Laman web rasmi | Pusat Pendidikan Al Barakah Ustaz Mohd Kazim Elias |