From Wikipedia, the free encyclopedia
Misi Kepler adalah balai cerap angkasa NASA untuk mencari planet luar suria serupa dengan Bumi mengorbit bintang-bintang lain.[3] Kapal angkasa lepas misi ini yang dinamakan bersempena Johannes Kepler,[4] dilancarkan pada 7 Mac 2009.[5]
Kepler | |
---|---|
Teleskop Kepler menurut tanggapan artis | |
Maklumat am | |
NSSDC ID | 2009-011A |
Organisasi | NASA |
Kontraktor utama | Ball Aerospace & Technologies Corp. |
Tarikh pelancaran | 7 Mac 2009 03:49:57 UTC |
Dilancarkan dari | SLC-17, Cape Canaveral Air Force Station, Florida, A.S. |
Kenderaan pelancar | Delta II (7925-10L) |
Tempoh misi | ≥ 3.5 tahun berlalu: 15 tahun, 4 bulan dan 10 hari |
Jisim | 1,052 kg (2,319 lb) |
Jenis orbit | Heliosentrik mengekor-Bumi |
Tinggi orbit | 1 AU |
Tempoh orbit | 372.5 hari |
Rejim panjangombak | 400–865 nm[1] |
Diameter | 0.95 m (3.1 ka) |
Kawasan pengumpulan | 0.708 m2[2] |
Laman web kepler |
Ia berfungsi memerhati kecerahan lebih 140,000 bintang jujukan utama Bima Sakti dalam lebih 3.5 tahun untuk mencari transit bintang oleh planet-planetnya, dan menentukan berapa planet serupa Bumi dalam atau berhampiran zon kehidupan sistemnya.[6] Satu-satunya alatan Kepler ialah sebuah fotometer.[7]
Kepler ialah misi di bawah Program Discovery NASA yang menumpu misi kos rendah sains utama. Ames Research Center memajukan sistem permukaan, operasi misi dan analisis data sains. Perkembangan misi diuruskan oleh Jet Propulsion Laboratory. Ball Aerospace & Technologies Corp. memajukan sistem penerbangan Kepler. Setakat Julai 2013, Kepler telah menemui 134 eksoplanet dalam 76 sistem najam, serta 3,277 lagi calon planet.[8]
Pada 15 Ogos 2013, NASA mengumumkan mereka telah berhenti cuba membaiki dua (daripada empat) roda reaksi yang rosak. Ini bermakna misi utama balai cerap ini telah tamat, namun ia masih boleh digunakan untuk tujuan lain. NASA telah meminta komuniti mencadangkan misi alternatif "berpotensi mencari eksoplanet, menggunakan hanya dua roda reaksi dan penujah".[9][10][11][12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.