From Wikipedia, the free encyclopedia
Minutes To Midnight (Seminit ke Tengah Malam) adalah album studio ketiga bagi kumpulan nu metal popular Amerika Syarikat, Linkin Park selepas album Meteora. Mula diedarkan pada 15 Mei 2007, album tersebut membawa kelainan berbanding album sebelumnya disebabkan pengurangan ketara unsur muzik nu metal di dalamnya.
Minutes To Midnight | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | Templat:Country data World 14 Mei, 2007 15 Mei 2007 | |||
Dirakamkan pada | Februari 2006 – Januari 2007 di The Mansion | |||
Tempat | Amerika Syarikat | |||
Genre | Rock alternatif | |||
Panjang | 43:30 | |||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
Syarikat | Warner Bros., Machine Shop Recordings | |||
Penerbit | Rick Rubin, Mike Shinoda (pembantu penerbit) | |||
Ulasan profesional | ||||
Kronologi Linkin Park | ||||
| ||||
Single daripada Minutes To Midnight | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Tajuk album kali ini merujuk kepada Doomsday Clock (Jam Hari Kiamat), iaitu muka jam rekaan ahli lembaga pengarah bagi majalah Bulletin of the Atomic Scientists di Universiti Chicago, Amerika Syarikat sejak tahun 1947. Jam tersebut adalah simbolik kepada hampirnya dunia kepada kemusnahan kesan daripada perlumbaan senjata nuklear oleh kuasa-kuasa besar. Istilah "minutes to midnight" (minit sebelum tengah malam) merujuk kepada betapa hampirnya dunia kepada kemusnahan akibat perang nuklear. Minit khayalan tersebut boleh jadi diawalkan atau dilewatkan bergantung kepada aktiviti teknologi senjata nuklear. Pada tahun 1947, jam tersebut disetkan pada pukul 11.53 pm dan pada tahun 2007 jam tersebut telah disetkan pada pukul 11.55 pm.
Sesuai dengan pemilihan Minutes to Midnight sebagai judul album ini, terdapat banyak lagu-lagu ciptaan Linkin Park yang mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan ketamakan kuasa-kuasa besar dunia yang cenderung kepada peperangan, termasuklah pemimpin negara mereka sendiri.
Kebanyakan lagu di dalam album Minutes to Midnight tidak lagi mengetengahkan muzik nu metal yang sebelum ini pernah membawa kepada kejayaan Linkin Park. Sebaliknya, menurut vokalis utama Linkin Park iaitu Chester Bennington, album tersebut kali ini menggabungkan muzik rock klasik, punk, serta sedikit rentak hip-hop. Perubahan ketara juga berlaku pada peranan Mike Shinoda sebagai penyanyi rap, iaitu hanya 2 sahaja lagu yang mengandungi nyanyian rap oleh Shinoda, iaitu lagu Bleed It Out dan Hands Held High. Peminat juga berpeluang untuk mendengar nyanyian vokal Mike Shinoda buat kali pertama melalui lagu In Between.
Album ini turut memuatkan lagu terpanjang pernah dicipta oleh Linkin Park iaitu The Little Things Give You Away, dengan durasi 6:23. Sebelum ini, lagu terpanjang yang pernah dicipta oleh Linkin Park (tidak termasuk versi remix di dalam album Reanimation) ialah My December iaitu selama 4:12.
Sejak Linkin Park mula memasuki studio rakaman bagi proses rakaman album ini, mereka telah menulis lebih 100 buah lagu, tetapi akhirnya hanya 12 lagu terbaik sahaja yang dipilih di dalam album ini. Satu lagi perubahan ketara pada album ini ialah album Minutes to Midnight turut boleh didapati dalam versi eksplisit bagi edaran Amerika Syarikat. Versi kedua iaitu versi bertapis dijual di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.