From Wikipedia, the free encyclopedia
Michael Collins (Ireland: Mícheál Ó Coileáin ;[2] 16 Oktober 1890 – 22 Ogos 1922) adalah seorang revolusioner, perajurit dan ahli politik Ireland yang merupakan tokoh kemerdekaan negara tersebut yang terkemuka. Beliau merupakan Pengerusi Pemerintah Sementara Negara Bebas Ireland dari Januari 1922 sehingga pembunuhan beliau pada Ogos 1922.
Michael Collins Mícheál Ó Coileáin | |
---|---|
Pengerusi Pemerintah Sementara Negara Bebas Ireland[1] | |
Dalam jawatan Januari 1922 – 22 Ogos 1922 | |
Didahului oleh | Jawatan dibentuk |
Digantikan oleh | W. T. Cosgrave |
Menteri Kewangan Ireland | |
Dalam jawatan 2 April 1919 – 22 Ogos 1922 | |
Didahului oleh | Eoin MacNeill |
Digantikan oleh | W. T. Cosgrave |
Menteri Dalam Negeri Ireland | |
Dalam jawatan 22 Januari 1919 – 1 April 1919 | |
Didahului oleh | Jawatan baru |
Digantikan oleh | Arthur Griffith |
Teachta Dála | |
Dalam jawatan Mei 1921 – August 1922 | |
Kawasan pilihan raya |
|
Dalam jawatan Disember 1918 – Mei 1921 | |
Kawasan pilihan raya | Cork South |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sam's Cross, County Cork, Ireland | 16 Oktober 1890
Mati | 22 Ogos 1922 31) Béal na Bláth, County Cork, Ireland † | (umur
Parti politik | Sinn Féin |
Tempat belajar | King's College London |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan |
|
Tahun khidmat | 1909–22 |
Pangkat | Panglima tertinggi |
Perang/Pertempuran | |
Beliau terlibat kuat dalam Persaudaraan Republikan Ireland dan Liga Gaelik. Micheal kembali ke Ireland pada tahun 1916 dan berjuang di Pemberontakan Easter, beliau kemudiannya dipenjarakan di Frongoch sebagai tawanan perang tetapi dibebaskan pada bulan Disember tahun sama.
Collins dilahirkan di Woodfield, Hugh Cross, dekat Clonakilty County Cork pada 16 Oktober 1890,[3][note 1] anak lelaki ketiga dan bongsu daripada lapan adik-beradik. Ayahnya, Michael John, merupakan seorang petani dan ahli matematik amatur yang menganggotai Persaudaraan Republikan Ireland; dia meninggal pada tahun 1897 ketika Michael berumur enam tahun.[4][perlu rujukan]
Collins mengambil peperiksaan Perkhidmatan Awam British di Cork pada Februari 1906[5] selepas menamatkan persekolahannya dan berpindah ke rumah kakaknya Hannie di London, di mana beliau menjadi kerani di Post Office Savings Bank di Blythe House.[6][7][8][9] Pada tahun 1910 dia menjadi seorang utusan di firma broker saham Horne and Company. Ketika tinggal di London beliau mempelajari undang-undang di King's College.[10] Sam Maguire, seorang republikan dari Dunmanway, County Cork, memperkenalkan Collins kepada kelompok IRB pada usia 19 tahun ketika berada di Kolej tersebut.[11] Pada tahun 1915 beliau berpindah kerja ke Jaminan Percaya Syarikat New York di mana dia terus sampai dia kembali ke Ireland tahun berikutnya menyertai paruh waktu Craig Gardiner & Co,[12] sebuah firma akauntan di Dawson Jalan, Dublin.[13]
Collins mula bergiat dalam peperangan sewaktu meletusnya Pemberontakan Easter sebagai adikung Joseph Plunkett di markas pemberontak di Pejabat Pos Awam Dublin. Beliau ditahan bersama ribuan peserta pemberontak lain dan dibawa ke Berek Richmond untuk diperiksa sebelum dihantar ke kem tahanan Frongoch di Wales untuk menjalani hukuman-hukuman tertentu. Beliau secara tidak langsung diletakkan dalam kumpulan yang dipilih untuk hukuman yang lebih ringan.[14]
Collins menjadi salah satu tokoh terkemuka dalam pergerakan pasca-Kebangkitan pimpinan Arthur Griffith, editor/penerbit akhbar nasionalis utama The United Irishman Sinn Féin turutdidirikan Griffith pada tahun 1905 sebagai suatu parti untuk menyatukan semua pelbagai puak dalam gerakan nasionalis.
Collins menjadi salah satu tokoh terkemuka dalam pergerakan pasca-Kebangkitan pimpinan Arthur Griffith, editor/penerbit akhbar nasionalis utama The United Irishman. Parti Sinn Féin turut didirikan Griffith pada tahun 1905 sebagai suatu parti untuk menyatukan semua pelbagai puak dalam gerakan nasionalis.
De Valera meletak jawatan sebagai Presiden dan Arthur Griffith menggantikan beliau setelah memenagi undian pada 9 Januari 1922 sebagai "Presiden Dáil Éireann"[15] Pemerintah Dáil Éireann tidak mempunyai kedudukan sah mengikut undang-undang perlembagaan British di mana pembentukan suatu pemerintah baru perlu dibentuk dengan persetujuan Westminster mengikut perjanjian yang dimeterai. Sebuah Pemerintah Sementara (Rialtas Sealadach na hÉireann) baru dibentuk Griffith di mana beliau dilantik sebagai Presiden manakala Collins dilantik sebagai Pengerusi - setaraf dengan jawatan Perdana Menteri - sambil mengekalkan jawatan Menteri Kewangannya.[16]
Pemerintah ini mula menggubal suatu perlembagaan baru untuk Negara Bebas Ireland di mana tugasan ini diuruskan Collins serta beberapa peguam cara. Perlembagaan Ireland 1922 dibentuk hasil kerjasama ini.[17]
Collins ditembak mati seorang penembak hendap British di Béal na Bláth, Cork Barat ketika beliau dalam perjalanan meronda saat Perang Saudara Ireland masih giat berlaku di kawasan tersebut.[18] Mayatnya dibawa balik dalam suatu perjalanan berbahaya dan gelap ke kota Cork di mana mayat tersebut diletakkan di Hospital Shanakiel, sebelum dibawa ke Dublin di St. Vincent's Hospital. Tiada bedah siasat dilakukan ke atas mayat tersebut.
Mayat beliau diletakkan untuk penghormatan terakhir selama tiga hari, di mana ia dihadiri berpuluh ribuan penziarah termasuk askar-askar British. Upacara memperingati beliau berlangsung di Pro Cathedral Dublin yang turut dihadiri 500,000 orang termasuk beberapa tetamu luar negara.[19] Tiada soal siasat rasmi dijalankan ke atas kejadian ini, maka sebarang butiran terperinci semasa mengenai hal tersebut tidak dapat dijumpai.[20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.