![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/28/Methionine-from-xtal-3D-bs-17.png/640px-Methionine-from-xtal-3D-bs-17.png&w=640&q=50)
Metionina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Metionina (methionine, Met atau M)[2] ialah sejenis amino asid yang digunakan dalam penghasilan protein. Dengan rantai sisi S-metil tioeter, metionina merupakan asid amino alifatik dan tak berkutub. Metionina ialah satu daripada dua asid amino lazim dengan sebatian sulfur, bersama dengan sisteina.
![]() Formula rangka lazim metionina | |||
| |||
Nama | |||
---|---|---|---|
Nama IUPAC
Metionina | |||
Nama lain
Asid 2-amino-4-(metiltio)butanoik | |||
Pengecam | |||
Imej model 3D Jmol |
| ||
Singkatan | Met, M | ||
ChEBI |
| ||
ChEMBL |
| ||
ChemSpider | |||
DrugBank |
| ||
ECHA InfoCard | 100.000.393 | ||
Nombor EC |
| ||
KEGG |
| ||
PubChem CID |
|||
UNII |
| ||
CompTox Dashboard (EPA) |
|||
| |||
| |||
Sifat | |||
C5H11NO2S | |||
Jisim molar | 149.21 g·mol−1 | ||
Rupa bentuk | Serbuk hablur putih | ||
Ketumpatan | 1.340 g/cm3 | ||
Takat lebur | 281 °C (538 °F; 554 K) terurai | ||
Larut | |||
Keasidan (pKa) | 2.28 (karboksil), 9.21 (amino)[1] | ||
Farmakologi | |||
Kod ATC | V03AB26 QA05BA90 (WHO), QG04BA90 (WHO) | ||
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |||
Rujukan kotak info | |||
Selaku bahan asas amino asid lain seperti sisteina dan taurina, sebatian-sebatian seperti SAM-e, dan antioksidan glutationa, metionina memiliki peranan penting dalam sistem biologi pelbagai spesies, termasuk manusia. Dalam eukariot dan arkaea, metionina dikodkan sebagai kodon pemula yang mengisyaratkan asid amino pertama serta permulaan bahagian polipeptida yang dihasilkan dalam translasi mRNA.[3]
Metionina juga merupakan bahagian penting dalam angiogenesis, pertumbuhan saluran darah baru. Suplemen boleh memberi manfaat kepada mereka yang mengalami keracunan kuprum.[4] Pengambilan metionina berlebihan, pemberi kumpulan metil dalam pemetilan DNA, dikaitkan dengan perkembangan kanser dalam sebilangan kajian.[5][6] Methionina pertama kali diasingkan pada 1921 oleh John Howard Mueller.[7]