From Wikipedia, the free encyclopedia
Metamesta[1] atau metasemesta (bahasa Inggeris: metaverse , lakuran perkataan "meta-" dan universe "alam semesta") ialah hipotesis lelaran seterusnya internet yang menyokong persekitaran maya 3-D dalam talian yang tidak berpusat dan berterusan.[2][3] Ruang maya ini boleh dicapai melalui set kepala realiti maya, cermin mata realiti berperantara, telefon pintar, PC dan konsol permainan.[4][3] Metamesta mempunyai kes penggunaan yang jelas dalam permainan video, perniagaan, pendidikan, peruncitan dan sektor hartanah.[5][6] Had terbesar untuk penggunaan berskala luas metamesta datang daripada pengehadan teknologi dengan peranti dan penderia semasa yang diperlukan untuk berinteraksi dengan persekitaran maya dalam masa nyata.[7][8][9]
Banyak syarikat seperti Meta, Roblox, Epic Games dan Microsoft melabur dalam penyelidikan teknologi berkaitan metamesta untuk menjadikan teknologi ini lebih efektif kos dan tersedia secara meluas.[8] Privasi maklumat dan ketagihan pengguna ialah antara kebimbangan yang diungkitkan dalam penggunaan metamesta yang berpunca daripada cabaran semasa dihadapi oleh industri-industri media sosial dan permainan video secara keseluruhannya.[10][4][11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.