![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Ovidius_Naso_-_Metamorphoses%252C_del_MCCCCLXXXXVII_Adi_X_del_mese_di_aprile_-_1583162_Carta_a1r.jpeg/640px-Ovidius_Naso_-_Metamorphoses%252C_del_MCCCCLXXXXVII_Adi_X_del_mese_di_aprile_-_1583162_Carta_a1r.jpeg&w=640&q=50)
Metamorphoses
From Wikipedia, the free encyclopedia
Metamorphoses (Latin: Metamorphōseōn librīcode: la is deprecated : "Buku Transformasi") adalah puisi naratif bahasa Latin dikarang Ovidius, seorang penyair bangsa Romawi. Karya ini merangkumi sebanyak 11,995 baris ayat, 15 buah buku dan lebih daripada 250 mitos yang menceritakan sejarah dunia dari penciptaannya kepada sejarah pemujaan atau penyanjungan Julius Caesar dalam rangka kerja mitos-sejarah yang longgar.
oleh Ovid | |
![]() Halaman edisi terbitan Lucantonio Giunti di Venezia tahun 1497 | |
Tajuk asal | Metamorphoseon libri |
---|---|
Terbitan pertama | 8 TM |
Bahasa | Latin |
Genre | Narrative poetry, epic, elegy, tragedy, pastoral (see Contents) |
Puisi ini tidak sahaja merupakan mahakarya Ovid, malah merupakan salah satu karya yang paling berpengaruh dalam budaya Baratdi mana ia telah mengilhami banyak pengarang termasuk Dante Alighieri, Giovanni Boccaccio, Geoffrey Chaucer, dan William Shakespeare; lagi-lagi pada zaman Pembaharuan sehingga menjelang akhir abad ke-20. Karya ini terus memberi inspirasi kepada penghasilan banyak pelbagai media yang mengadaptasikan banyak kisah-kisah diceritakan puisi ini sehinggalah kini baik dalam bentuk seni ukiran dan lukisan, dan muzik malah semaju teknologi audiovisual seperti filem.