![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/53/MesotheliomaCT.jpg/640px-MesotheliomaCT.jpg&w=640&q=50)
Mesotelioma
Kanser akibat asbestos / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mesotelioma ialah sejenis kanser yang tumbuh daripada tisu pengalas yang meliputi kebanyakan organ dalaman (dipanggil mesotelium).[9] Kawasan yang paling biasa terkena ialah selaput nipis yg melapisi paru-paru dan dinding dada.[1][3] Lapisan abdomen jarang mengalaminya, lebih jarang lagi selaput jantung[10] atau kantung buah zakar.[1][11] Tanda-tanda dan gejala mesotelioma mungkin termasuk sesak nafas akibat cecair di keliling paru-paru, abdomen bengkak, sakit dinding dada, batuk, rasa letih dan penurunan berat badan.[1] Gejala-gejala ini biasanya datang dengan perlahan.[2]
Mesotelioma | |
---|---|
Nama lain | Mesotelioma malignan, mesotelioma ganas |
![]() | |
Imbasan CT menunjukkan mesotelioma sebelah kiri dengan pembesaran nodus limfa mediastinum | |
Pengkhususan | Onkologi |
Gejala | Sesak nafas, abdomen bengkak, sakit dada, batuk, keletihan, turun berat basan[1] |
Kerumitan | Cecair keliling paru-paru[1] |
Permulaan biasa | Bermula sedikit demi sedikit[2] |
Punca | ~ 40 tahun selepas terdedah kepada asbestos[3] |
Genetik, jangkitan virus simian 40[3] | |
Pengimejan perubatan, melihat cecair yang dihasilkan oleh kanser, biopsi tisu[2] | |
Pencegahan | Elakkan pendedahan kepada asbestos[4] |
Rawatan | Pendedahan, terapi sinaran, kemoterapi, pleurodesis[5] |
Prognosis | Tahan lima tahun ~8% (US)[6] |
Kekerapan | 60,800 (penghidap 2015)[7] |
Kematian | 32,400 (2015)[8] |
sunting![]() |
Lebih daripada 80% kes mesotelioma disebabkan oleh pendedahan kepada asbestos.[3] Semakin besar pendedahannya, semakin besar risikonya.[3] Sehingga 2013, kira-kira 125 juta orang di seluruh dunia telah terdedah kepada asbestos di tempat kerja.[12] Orang yang melombong asbestos mempunyai kadar tinggi untuk mengalami mesotelioma, juga orang yang menghasilkan produk daripada asbestos, bekerja dengan produk asbestos, tinggal bersama pekerja asbestos, atau bekerja di bangunan yang mengandungi asbestos.[3] Kanser itu biasanya akan bermula kira-kira 40 tahun selepas pendedahan kepada asbestos.[3] Mencuci pakaian seseorang yang bekerja dengan asbestos juga meningkatkan risikonya.[12] Faktor risiko lain termasuk genetik dan jangkitan virus simian 40.[3] Diagnosis boleh mengesyakinya dengan X-ray dada dan imbasan CT, dan disahkan dengan memeriksa cecair yang dihasilkan oleh kanser itu atau dengan membiopsi tisu kanser tersebut.[2]
Cara mencegahnya adalah dengan mengelakkan pendedahan kepada asbestos.[4] Rawatan selalunya termasuk pembedahan, terapi sinaran dan kemoterapi.[5] Prosedur yang dipanggil pleurodesis, yang mana bahan seperti talkum digunakan untuk melekatkan peparu pada dinding dada, boleh digunakan untuk menghalang cecair daripada terkumpul di sekitar paru-paru lagi.[5] Kemoterapi selalunya termasuk ubat sisplatin dan pemetreksed.[2] Purata orang yang masih hidup lima tahun selepas diagnosis adalah 8% di Amerika Syarikat.[6]
Pada tahun 2015, kira-kira 60,800 orang menghidap mesotelioma, dan 32,000 meninggal dunia akibatnya.[7][8] Kadar penghidap mesotelioma berbeza-beza di setiap negara.[3] Kadarnya lebih tinggi di Australia, United Kingdom dan lebih rendah di Jepun.[3] Setiap tahun, kira-kira 3,000 orang di Amerika Syarikat menghidapnya.[13] Selain itu, ia berlaku lebih kerap pada lelaki daripada wanita.[3] Kadar mesotelioma telah meningkat sejak tahun 1950-an.[3] Diagnosis biasanya berlaku selepas umur 65 tahun dan kebanyakan kematian berlaku sekitar 70 tahun.[3] Penyakit ini jarang berlaku sebelum asbestos mula digunakan secara komersial.[3]