From Wikipedia, the free encyclopedia
Merentas daratan atau pendataran (Jawi: مرنتس دارتن/ڤنداترن) adalah perjalanan darat jenis berdikari ke destinasi terpencil di mana perjalanan itu sendiri adalah matlamat utama. Biasanya, tetapi tidak semestinya, ia dicapai dengan pengangkutan berprestasi untuk luar jalan (dari basikal ke trak) di mana bentuk utama penginapan ialah berkhemah, selalunya berpanjangan untuk tempoh masa yang panjang (bulan hingga tahun) dan merangkumi sempadan antarabangsa.
Secara sejarahnya, merentas daratan merujuk kepada "overlanding" iaitu istilah Australia untuk menyatakan perbuatan menggerakkan ternakan dalam jarak yang sangat jauh untuk membuka kawasan baru atau membawa ternakan untuk dipasarkan jauh dari kawasan ragut.[1] Antara 1906 dan 1910, Alfred Canning membuka Laluan Stok Canning.[2] Di Australia, merentas daratan telah diilhamkan oleh Len Beadell ke tahap yang lebih besar, pada tahun 1940-an dan 1950-an, dengan membina banyak jalan untuk menuju ke Outback Australia.[3] Jalan-jalan tersebut masih digunakan hari ini oleh perentas daratan Australia dan masih memiliki nama yang diberi Len; Lebuhraya Gunbarrel, Lebuh Connie Sue (dinamakan sempena anak perempuannya), dan Lebuhraya Anne Beadell (dinamakan sempena isterinya).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.