buah catur From Wikipedia, the free encyclopedia
Buah menteri[1] (pinjaman bahasa Sanskrit मन्त्रिन् mantrín) atau permaisuri[2] (♕,♛) paling berkuasa dalam permainan catur dengan kemampuan bergerak ke mana-mana petak menegak, melintang atau menyerong tanpa had.
Setiap pemain bermula dengan satu permaisuri, diletakkan di tengah-tengah baris pertama yang bersebelahan dengan raja. Apabila papan catur disusun, permaisuri putih bermula di petak putih dan permaisuri hitam di petak hitam - dalam notasi algebra, permaisuri putih bermula pada D1 dan permaisuri hitam bermula pada D8. Kerana permaisuri merupakan buah paling berkuasa, apabila bidak dinaikkan pangkat ia hampir kerap ditukar dengan buah permaisuri.
Peranan buah ini dahulu berkesinambungan daripada buah fers atau wazir permainan shatranj yang hanya mampu untuk bergerak atau menawan satu langkah menyerong. Pergerakan ratu moden muncul pada abad ke-15 Eropah.
Templat:Algebraic notation
Ratu boleh bergerak menurut satu garisan lurus menegak, mendatar, atau menyerong pada petak yang tidak ditempati tanpa had, sekali gus menggabungkan bergerak menteri dan gajah dalam catur. Ratu menangkap dengan menduduki petak di mana buah musuh duduk.
Sungguhpun kedua-dua pemain bermula dengan satu ratu setiap seorang, seorang pemain boleh menukar satu bidak kepada beberapa buah catur lain, termasuk satu ratu, apabila bidak sampai pada baris terakhir (baris pertama pemain lawan). Ratu yang dicipta melalui penukaran ini boleh menjadi ratu tambahan, atau jika ratu pemain telah ditangkap, ratu gantian. Perlantikan bidak kepada ratu secara tidak rasminya digelar queening, yang biasanya pertukaran ratu paling biasa bagi menggantikan buah bidak kerana kekuasaan buah ratu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.