Menara Victoria ialah sebuah menara segi empat sama di hujung selatan Istana Westminster di London, menghadap selatan dan barat ke Taman Black Rod dan Old Palace Yard. Pada 98.5 meter (323 ka), ia tinggi sedikit berbanding Menara Jam yang lebih masyhur di hujung utara Istana (96.3 meter (316 ka)).[1] Ia merumahkan Arkib Parlimen dalam keadaan arkib yang menepati piawai BS 5454, di 12 tingkat. Kesemua 14 tingkat bangunan ini dahulunya dihubungkan melalui satu tangga Victoria besi tempa tunggal dengan 553 anak tangga, yang mana hanya lima tingkat kekal.
Rencana ini mengenai Menara Victoria di London. Untuk kegunaan lain, sila lihat Menara Victoria (nyahkekaburan).
Fakta Segera Maklumat umum, Jenis ...
Tutup
Pintu masuk ke dasar menara ialah Sovereign's Entrance, di mana Raja atau Ratu akan lalu semasa Pembukaan Negara Parlimen. Di atas Menara Victoria terdapat sebatang tiang bendera besi, dari mana bendera Union Jack dikibar apabila Parlimen berada dalam sesi (melainkan Ratu hadir di Istana, apabila ia digantikan dengan Panji Diraja).