![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8d/Parsee_Tower_of_Silence%252C_Bombay.jpg/640px-Parsee_Tower_of_Silence%252C_Bombay.jpg&w=640&q=50)
Menara Bungkam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dakhma (Avesta: “menara kesunyian”; Parsi: دخمه), juga dipanggil menara bungkam atau menara sunyi ialah sebuah binaan pekeliling bertapak tinggi, yang dibina oleh kaum Majusi untuk ekskarnasi – yakni, untuk mayat terdedah kepada burung-burung pebangkai, biasanya burung hering.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/41/Interior_view_of_Tower_of_Silence.jpg/640px-Interior_view_of_Tower_of_Silence.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8d/Parsee_Tower_of_Silence%2C_Bombay.jpg/320px-Parsee_Tower_of_Silence%2C_Bombay.jpg)
Pendedahan mayat Majusi pertama kali dibuktikan dalam Histories of Herodotus pada pertengahan abad ke-5 SM , tetapi penggunaan menara pertama kali didokumenkan pada awal abad ke-9 SM.[1] Tujuannya adalah untuk mengelak mayat bersentuhan dengan zām (bumi), āpas (air) atau Atar (api), yang kedua-duanya dianggap suci dalam agama Majusi.
Antara catatan tertua tentang binaan ini muncul dalam Epistles of Manushchihr dari abad ke-9, di mana istilah teknikalnya adalah astodan, iaitu sebuah osuari (peti atau bekas simpanan mayat-mayat).[2] Satu lagi istilah yang datang dari abad ke-9 dan 10 ada dalam teks tradisi Majusi (yang digelar buku-buku Pahlavi) iaitu dakhmag, untuk sebuah tempat untuk orang mati.[2]:206 Istilah Majusi Parsi Tengah ini adalah serapan perkataan dakhma dari bahasa Avesta, maknanya tidak pasti tetapi ia berkaitan dengan penguburan dan biasanya diterjemahkan sebagai "kubur". Dalam teks agama Avesta, istilah ini merupakan bahasa kasar dan tidak menandakan apa-apa jenis pembinaan. Di wilayah-wilayah Iran Yazd dan Kerman, dakhma dituliskan sebagai deme atau dema.[2]:206 Namun, satu lagi istilah yang muncul dalam teks-teks abad ke-9 dan 10 adalah dagdah (tempat yang ditetapkan)[2]:206 Perkataan ini juga muncul dalam teks Majusi lewat di India dan Iran, tetapi di India abad ke-20 ia memaksudkan api kuil terendah.[2]:206 Di India istilah doongerwadi digunakan setelah sebuah dakhma dibina di atas bukit yang sama nama dengannya.
Istilah bahasa Inggeris "Tower of Silence" ialah sebuah neologisme yang dihasilkan oleh Robert Murphy, seorang penterjemah untuk kerajaan penjajah British India pada awal abad ke-19.[2]:206