![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fc/Pieter_Bruegel_the_Elder_-_The_Tower_of_Babel_%2528Vienna%2529_-_Google_Art_Project_-_edited.jpg/640px-Pieter_Bruegel_the_Elder_-_The_Tower_of_Babel_%2528Vienna%2529_-_Google_Art_Project_-_edited.jpg&w=640&q=50)
Menara Babel (lukisan)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Menara Babel merupakan subjek bagi tiga lukisan oleh Pieter Bruegel Si Penatua. Lukisan pertama ialah miniatur pada gading yang dihasilkan semasa Bruegel berada di Rom dan kini telah hilang.[1][2] Dua lukisan lain, yang merupakan lukisan minyak pada panel kayu, sering kali dibezakan dengan "Besar" dan "Kecil", masing-masing ditempatkan di Muzium Sejarah Seni, Vienna dan Muzium Boijmans Van Beuningen, Rotterdam.
![]() | |
Pelukis | Pieter Bruegel |
---|---|
Tahun | c. 1563 |
Bahan | Minyak pada panel kayu |
Dimensi | 114 cm × 155 cm (45 in × 61 in) |
Lokasi | Muzium Sejarah Seni, Vienna |
![]() | |
Pelukis | Pieter Bruegel |
---|---|
Tahun | c. 1563 |
Bahan | Minyak pada panel kayu |
Dimensi | 60 cm × 74.5 cm (24 in × 29.3 in) |
Lokasi | Muzium Boijmans Van Beuningen, Rotterdam |
Lukisan di Rotterdam mempunyai separuh daripada saiz lukisan di Vienna. Secara amnya, lukisan-lukisan itu memiliki komposisi yang sama tetapi pada tahap butiran yang berbeza, sama ada pada seni bina menara atau langit dan landskap di sekeliling menara. Lukisan di Vienna memaparkan sekumpulan orang pada latar depannya dengan tokoh utama mungkin Nimrod, yang dipercayai telah mengarahkan pembinaan menara,[3] walaupun kitab Bible sebenarnya tidak menyatakan perihal ini. Bagi versi Vienna, menara Babel menjulang di sisi bandar besar, manakalan versi Rotterdam pula, menaranya berada di perkampungan.