Menachem Mendel Schneerson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Menachem Mendel Schneerson ( Bahasa Yiddish : מנחם מענדל שניאורסאהן; Ibrani Moden : מנחם מנדל שניאורסון; 5 April 1902 OS – 12 Jun 1994; AM 11 Nissan 5662 – 3 Tammuz 5754), dikenali oleh penganut pergerakan Chabad-Lubavitch sebagai Lubavitcher Rebbe atau ringkasnya Rebbe, [2] [3] ialah seorang rabbi Ortodoks dan Rebbe terbaru dari dinasti Hasidic Lubavitch . Beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh pemimpin Yahudi yang paling berpengaruh pada abad ke-20. [4] [5]
Menachem M. Schneerson | |
---|---|
Agama | Judaism |
Peribadi | |
Kewarganegaraan |
|
Kelahiran | Menachem Mendel Schneerson April 5, 1902 OS (11 Nisan 5662)[1] Nikolaev, Kherson Governorate, Russian Empire (present-day Mykolaiv, Ukraine) |
Meninggal dunia | June 12, 1994 (3 Tammuz 5754) (aged 92) Manhattan, New York City, U.S. |
Pasangan | Chaya Mushka Schneerson |
Ibubapa |
|
Jawatan kanan | |
Gelaran | Lubavitcher Rebbe |
Didahului oleh | Yosef Yitzchak Schneersohn |
Beliau, sebagai ketua gerakan Chabad-Lubavitch, telah memimpin kumpulan Hasidic yang hampir binasa semasa Holocaust dan menjadikannya gerakan agama Yahudi yang sangat berpengaruh. [6] Kini, gerakan Chabad-Lubavitch mempunyai lebih daripada 5,000 pusat pendidikan dan sosial di seluruh dunia. [7] [8] [9] Institusi yang beliau tubuhkan termasuk tadika, sekolah, pusat pemulihan dadah, rumah jagaan untuk orang kurang upaya, dan juga rumah ibadat. [10]
Ajaran Schneerson yang telah diterbitkan melebihi daripada 400 jilid, dan beliau terkenal kerana sumbangan beliau kepada kelestarian agama Yahudi dan pemikiran keagamaan. Beliau juga terkenal dengan sumbangan beliau kepada ilmu Torah tradisional. Beliau dihormati sebagai perintis dalam menjangkau orang Yahudi. [11] [12] Sepanjang hayatnya, ramai pengikutnya percaya bahawa beliau ialah Mesias. Pendirian beliau terhadap perkara ini, sama ada beliau secara terbuka menyokongnya, menjadi perbualan hangat dalam kalangan ahli akademik. Sepang hidup beliau, kontroversi mengenai isu mesianik dan lain-lain telah menimbulkan kritikan dari pelbagai pihak di dunia Ortodoks, terutamanya dari Rabbi Elazar Shach.
Pada tahun 1978, Kongres Amerika Syarikat meminta Presiden Jimmy Carter untuk menetapkankan hari lahir Schneerson sebagai Hari Pendidikan Kebangsaan AS. [13] Hari itu dikenali sebagai Hari Pendidikan dan Perkongsian. [14] [15] Pada tahun 1994, Schneerson diberikan Pingat Emas Kongres secara anumerta atas sumbangan cemerlangnya dalam meningkatkan pendidikan, moral, dan amal. [16] Makam Schneerson telah menjadi tempat yang menarik minat orang Yahudi dan bukan Yahudi untuk berdoa. [17] [18] [10] [19]