Megat Terawis ialah keturunan Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung, yang merupakan salah seorang pengiring waris Kesultanan Melaka, Raja Mudzaffar yang bergerak dari Kampar untuk dimahsyurkan sebagai Sultan Muzaffar Shah I, Perak, Sultan Perak pertama pada 1528. Megat Terawis menerima gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja Perak dan menjalankan tugas sebagai Bendahara Perak. Keturunan Megat Terawis memegang jawatan Bendahara di Perak selama kira-kira 230 tahun sebelum jawatan itu diberikan kepada yang bukan bernama 'Megat'. Salah seorang daripada keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja), berkahwin dengan Raja Kenayan Shah Alam Sayong, iaitu puteri kepada Sultan Muzaffar Shah II, Perak.