From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendahara Negeri Perak merupakan satu jawatan pemeritahan zaman Kesultanan Melayu Perak yang sama taraf dengan Perdana Menteri Zaman Kini (Zaman Moden). Bendahara merupakan ketua semua Pembesar Negeri Perak dan ketua kerajaan yang membuatkan jawatan ini kedua terpenting selepas Raja Negeri Perak. Bendahara diberikan kuasa untuk menjaga keselamatan Negeri Perak secara keseluruhannya.
Selain itu, Bendahara turut menjalankan Undang-undang Negeri Perak yang terdiri daripada Hukum Kanun Negeri Perak dan Undang-undang Laut Negeri Perak. Hal ini membuatkan Bendahara turut berperanan sebagai hakim dan mempunyai mahkamah sendiri yang dinamakan Balai Bendahara. Kuasa kehakiman Bendahara meliputi semua kes jenayah kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dilaksanaan oleh Raja.
Bendahara turut mempunyai pengaruh yang besar hinggakan perlantikan raja yang baru turut dijalankan oleh Bendahara. Sebagai Penasihat Raja, Bendahara bertanggungjawab untuk menjaga hubungan antara Negeri Perak dan negara asing. Bendahara juga harus memastikan kesetiaan Rakyat kepada Raja Negeri Perak adalah tidak berbelah bahagi dan mengelakkan dari sebarang penderhakaan dan pemberontakan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.