From Wikipedia, the free encyclopedia
Masywi atau mashwi (disebut [masy.wi], serapan Arab: مشوي, rumi: masywī daripada perkataan شوى syawā "memanggang",[1] Perancis: méchoui[2]) adalah sebarang daging lazimnya bebiri yang dewasa atau anak yang dibakar dalam suatu alat seumpama barbeku di atas api bara.
Hidangan ini sangat popular di Afrika Utara, di mana ia mempunyai jenis-jenis hidangan tersendiri mengikut negara - di Algeria dan Maghribi, istilah méchoui "merujuk kepada cara memasak seekor bebiri yang dimasak secara seekor pada pencucuk". Di Tunisia pula, sebarang daging atau ikan boleh dikira dimasak dengan cara ini.
Selepas bebiri muda disembelih dan melapah, semua organ rongga perut kecuali buah pinggang dikeluarkan. Rongga ini diisi dengan pelbagai rempah ratus termasuk ras el hanout sebelum dijahit tutup. Daging bebiri terisi ini kemudan dicucuk pada sebatang dahan pokok dan dimasak di sebelah timbunan bara. Ia kemudian diputar perlahan-lahan (laksanan suatu rotiseri) untuk memastikan daging dimasak sama rata.
Bebiri yang telah disediakan dengan rempah tidak diletakkan terus di atas bara, kerana lemak boleh melebur lalu menyala dan menghanguskan daging bahagian luar. Proses memasak dimulakan perlahan-lahan, sehingga bahagian dalamanya masak sama dengan luar. Semasa memasak, daging disapu dengan mentega cair atau minyak, untuk menjadikannya rangup. Secara beransur-ansur, bebiri itu dibawa dekat dengan bara panas, sehingga daging mengambil warna ambar. Masa memasak berbeza-beza mengikut berat haiwan, biasanya sekitar suku jam untuk setiap kilogram.
Makanan ini dihidangkan pada awal sajian sebagai sebahagian jamuan atau diffa. Tuan rumah mengambil kepingan daging panggang dengan tangan kanannya lalu menawarkannya kepada tetamu. Secara tradisinya, tiada peralatan makan yang digunakan untuk menghidang mechoui, kerana daging mudah dicarik setelah dimasak dengan perlahannya.
Penduduk nomad akan membela sebilangan kecil anak bebiri jantan khusus untuk mechoui, sebagai tambahan kawanan utama mereka yang sering terdiri daripada beberapa ribu ekor bebiri, dan memberi mereka makan cheih, satu spesies mugwort liar yang memberikan anak bebiri sebagai satu ciri khas.
Mechoui disiapkan, terutamanya di Maghribi, dengan menggali lubang menegak, atau dengan membina ketuhar tanah, berdiameter 0.8 hingga 1 meter dan sedalam 1.5 hingga 2 meter. Kayu disusun dalam rongga dan dibakar selama lima atau enam jam. Apabila tanah keliling lubang berasap dan kayu berubah menjadi bara dan abu, kebanyakannya dikeluarkan untuk mengelakkan suar. Bebiri yang disiapkan diletak ke dalam ketuhar secara menegak dan ditutup dengan penutup yang dilapisi dengan tanah liat, lumpur, atau pasir basah, ditutup seboleh mungkin. Proses memasak berlangsung empat hingga lima jam. Apabila bebiri itu siap, penutup yang keras dipecahkan untuk mengeluarkan bebiri dari ketuhar.
Secara tradisinya, méchoui dihidangkan dengan jintan putih dan garam di atas pinggan. Tukang makan akan menabur garam dan jintan putih untuk memberi rasa kepada bebiri sebelum dimakan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.