masjid di Pakistan From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid Shah Faisal (Urdu: فیصل مسجد) ialah sebuah masjid di Islamabad, Pakistan, adalah merupakan salah satu masjid terbesar di dunia. Masjid diisytiharkan sebagai Masjid Negara Pakistan. Terkenal dengan saiznya yang mengagumkan dan seni binanya yang indah, masjid ini pernah memegang rekod sebagai masjid terbesar di dunia sebelum diambil alih oleh masjid-masjid di Arab Saudi. Kini, masjid ini merupakan masjid kelima terbesar dunia berdasarkan muatan jemaah.[1][2]
Shah Faisal Masjid | |
---|---|
Maklumat am | |
Status | Siap dibina |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Islamabad, Pakistan |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | Tiada |
Bil. menara | Empat |
Arkitek | Vedat Dalokay |
Kos | $120 juta |
sunting |
Ilham untuk membina masjid ini bermula pada 1966 ketika Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi hendak membuat lawatan di Islamabad. Pada 1969, satu pertandingan antarabangsa telah diadakan di mana arkitek dari 17 negara menyertainya dan menghantar 43 jenis rekaan.
Selepas 4 hari proses pemilihan, rekaan arkitek Turki Vedat Dalokay telah dipilih. Pembinaan masjid ini bermula pada 1976 oleh National Construction of Pakistan yang diketuai oleh Azim Burujerdi dan disumbangi oleh kerajaan Arab Saudi dengan kos melebihi 130 juta riyal Arab. Bangunan masjid dan jalan menuju ke situ dinamakan sempena Raja Faisal bin Abdul Aziz selepas pembunuhannya pada 1975. Masjid ini siap dibina pada 1986.
Masjid ini terletak di hujung Shaharah-e-Islamabad, menjadikannya sebagai penghujung bandar dan latar belakangnya adalah Bukit Margalla. Masjid ini menjadi ikon yang terkenal dan dikenali di Islamabad.
Masjid Shah Faisal boleh memuatkan kira-kira 300 ribu orang jemaah. Masjid ini memiliki empat buah menara berketinggian 79 m (259 ka) setiap satu; menjadikan menara-menara ini sebagai menara masjid tertinggi di Asia Selatan. Di samping itu, menara-menara masjid ini sebesar 10×10 meter.[3][4] Keempat-empat menara itu diilhamkan oleh seni bina Turki.
Daripada membina kubah tradisional, Vedat Dalokay mereka bentuk masjid dengan ruang utama lapan sisi berdasarkan khemah padang pasir Arab Badwi. Struktur utama bangunan merupakan ruang solat utama yang disokong oleh empat gelang konkrit. Vedat Dalokay juga percaya bahawa reka bentuk Masjid Shah Faisal mewakili rupa Kaabah secara abstrak.[5] Pintu masuk adalah dari timur, di mana ruang solat dihadapkan sebuah halaman dengan pintu pagar. Universiti Islam Antarabangsa pernah ditempatkan di bawah halaman utama tetapi kini telah berpindah ke kampus baru. Masjid ini masih menempatkan perpustakaan, dewan kuliah, muzium dan kafe. Bahagian dalam dewan berbentuk khemah utama ditutup dengan marmar putih dan dihiasi dengan mozaik dan kaligrafi oleh seniman Pakistan terkenal, Sadequain, dan candelier gaya Turki yang menakjubkan. Corak mosaik menghiasi dinding barat dan bertuliskan Kalimah dalam bentuk Kufi awal, dan diulang dalam corak gambaran cermin.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.