masjid di Arab Saudi From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid al-Nabawi (Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid al-Nabawi | |
---|---|
ٱلْمَسْجِدُ ٱلنَّبَويّ | |
Info asas | |
Lokasi | Madinah, Hijaz, Arab Saudi[1] |
Koordinat geografi | 24.468333°N 39.610833°E |
Agama | Islam |
Negara | Arab Saudi |
Pentadbiran | Kerajaan Arab Saudi |
Pemimpin | Imam:
|
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Seni bina Islam klasik dan kontemporari; Uthmaniyyah; Pemulih Mamluk |
Spesifikasi | |
Kapasiti | 600,000 (meningkat ke 1,000,000 pada musim Haji) |
Bil. menara masjid | 10 |
Tinggi menara masjid | 105 meter (344 ka) |
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
Pada September 2012, sebuah projek $6 bilion telah dirancang untuk meluaskan kawasan masjid. Masjid ini dijangka dapat memuatkan antara 1.6 juta ke 2 juta orang jemaah.[2] Pada Mac 2013, bangunan-bangunan di kawasan yang telah dirancang dalam pelan tersebut telah dirobohkan.[3]
Pada Mac 2020, kawasan Masjid Nabawi telah ditutup kepada orang awam berikutan perkembangan pandemik COVID-19 di negara tersebut.[4]
Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin, Masjid Nabawi tidak memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang perta sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang tingginya lebih kurang 27.5 meter (90 ka) pada empat sudut.
Pembinaan menara Kemudian diikuti Qaitbay yang membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid.
Di dalam Masjid Nabawi terdapat satu kawasan yang digelar Raudhah, iaitu satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga berdasarkan hadis Nabi.
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya. Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’. Lingkungan kawasan ini dihampari dengan permaidani berwarna putih hijau sebagai penanda tempat.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.