From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid Khalid ibn al-Walid (Arab: مسجد خالد ابن الوليد ) ialah masjid di Homs, Syria, terletak di sebuah taman di Jalan Hama, Medan ash-Shuhada. Terkenal dengan gaya seni bina Uthmaniyyah, masjid ini dinamakan sempena Khalid bin al-Walid, seorang Sahabat dan panglima tentera Islam yang mengetuai penaklukan Syria pada abad ke-7 M berikutan Pertempuran Yarmuk yang mengakhiri pemerintahan Byzantine di Syria. Makam berkubah Khalid bin al-Walid terletak di sebuah penjuru dewan solat dan sering dizirahi. Dua menara tinggi dan sempit yang dibina dengan baris mendatar batu berwarna hitam dan putih bersilih ganti terletak di sudut barat laut dan timur laut masjid, melambangkan gaya seni bina Islam tradisional wilayah Levant.
Masjid Khalid ibn al-Walid مسجد خالد ابن الوليد | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Syria |
Agama | Islam |
Negeri | Syria |
Wilayah | Levant |
Negara | Syria |
Tahun ditahbiskan | 1908-1913 |
Status | Aktif (Mengalami kerosakan akibat perang saudara Syria) |
Pemimpin | Empayar Uthmaniyyah |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Abdallah Ulsun |
Jenis seni bina | Seni bina Turki |
Gaya seni bina | Seni bina Uthmaniyyah |
Disiapkan pada | Abad ke-20 |
Spesifikasi | |
Bil. kubah | Satu besar dan sembilan kecil |
Bil. menara masjid | 2 |
Semenjak Julai 2011, Masjid Khalid bin al-Walid menjadi pusat para pemberontak dalam Perang saudara Syria tetapi ditinggalkan pada 27 Julai 2013. Kerajaan Syria menyerang & merosakkan makam Khalid di dalam masjid. Berikutan pengembalian semula oleh kerajaan Syria, media kerajaan Syria telah menunjukkan kerosakan teruk di dalam masjid, termasuk beberapa bahagian telah dibakar, dan pintu kubur itu dimusnahkan.
Gaya masjid ialah gaya Uthmaniyyah: ia merangkumi sebuah laman, dan dinding-dinding "dihiasi baris batu hitam dan putih bersilih ganti", Ablaq.[1][2] Ia dibezakan oleh dua menara tinggi berwarna putih yang mempunyai serambi dibina daripada batu hitam dan putih.[3] Terletak di penjuru barat laut dan timur laut masjid,[4] menara-menara ini mencerminkan gaya seni bina Islam tradisional Levant. Menara-menara dan bingkai-bingkai tingkap dibuat daripada batu kapur putih. Kubah pusat masjid dibuat daripada logam berwarna perak[5] dan memantulkan sinaran matahari.[6][7] Kubah disokong empat tiang besar, dibina dalam gaya ablaq Mamluk. Terdapat sembilan kubah kecil selain kubah pusat.
Dewan solat besar membentuk kawasan dalaman. Dinding-dinding dibina dengan batu basalt, bahan binaan yang mudah didapati di Homs. Makam Khalid bin al-Walid RA terletak di satu penjuru.[1][8][2]. Makam Khalid mempunyai kubah berhias rumit dan bahagian dalaman yang menggambarkan lebih daripada 50 kemenangan pertempuran yang beliau ketuai.[9][10][11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.