![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e7/Mary_Anning_painting.jpg/640px-Mary_Anning_painting.jpg&w=640&q=50)
Mary Anning
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mary Anning (21 Mei 1799 - 9 Mac 1847) adalah seorang pengumpul dan pengedar fosil dan ahli paleontologi Inggeris. Beliau menjadi terkenal di seluruh dunia kerana penemuan yang dibuatnya terhadap peninggalan makhluk-makhluk zaman Jurasik sepanjang tebing Lyme Regis menghadap Selat Inggeris di daerah Dorset, barat daya England.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Mary Anning | |
---|---|
![]() Potret Anning dan anjing beliau Tray sebelum 1842 | |
Kelahiran | (1799-05-21)21 Mei 1799 |
Meninggal dunia | 9 Mac 1847(1847-03-09) (umur 47) Lyme Regis, Dorset, England |
Dikebumikan | St Michael's Church, Lyme Regis 50.725471°N 2.931701°W / 50.725471; -2.931701 |
Pekerjaan | Pengumpul fosil · Ahli palaeontologi |
Terkenal kerana | Mengumpul dan menyelidik fosil |
Ibu bapa | Richard Anning (c. 1766–1810) Mary Moore (c. 1764–1842)[1] |
Saudara | Joseph Anning Jeffrey (abang; 1796–1849)[1] |
Tutup
Meskipun pengetahuan Anning kurang diendahkan kerana jantina diri dan aliran Protestannya (yang dianggap menyimpang jauh dari aliran Anglikan banyak dianuti masyarakat cendekiawan England masa itu), penemuan Anning dengan kerjasama sahabatnya Henry De la Beche menyumbang utama kepada perubahan pemikiran saintifik mengenai kehidupan prasejarah dan sejarah Bumi.