From Wikipedia, the free encyclopedia
Martín Alberto Vizcarra Cornejo OSP (Sebutan Sepanyol: [maɾˈtin alˈβeɾto βisˈkara koɾˈnexo];[nota 1] lahir pada 22 Mac 1963) adalah seorang jurutera dan ahli politik Peru yang kini merupakan Presiden Peru. Vizcarra dahulunya berkhidmat sebagai Gabenor Wilayah Moquegua (2011–2014), Menteri Pengangkutan dan Komunikasi di Peru (2016–2017), dan Duta Peru ke Kanada (2017–2018), kedua-duanya semasa kepresidenan Pedro Pablo Kuczynski.
Martín Vizcarra OSP CYC GColIH | |
---|---|
Presiden Peru ke-67 | |
Dalam jawatan 23 Mac 2018 – 10 November 2020 | |
Perdana Menteri | Mercedes Aráoz César Villanueva Salvador del Solar Vicente Zeballos |
Naib Presiden | Mercedes Aráoz (2018–19) |
Didahului oleh | Pedro Pablo Kuczynski |
Digantikan oleh | Manuel Merino |
Presiden pro tempore dari Pacific Alliance | |
Menyandang jawatan 24 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Juan Manuel Santos |
Timbalan Presiden Peru Pertama | |
Dalam jawatan 28 Julai 2016 – 23 Mac 2018 | |
Presiden | Pedro Pablo Kuczynski |
Didahului oleh | Marisol Espinoza |
Digantikan oleh | Kosong |
Duta Peru ke Kanada | |
Dalam jawatan 18 Oktober 2017 – 23 Mac 2018 | |
Presiden | Pedro Pablo Kuczynski |
Didahului oleh | Marcela López Bravo |
Digantikan oleh | Carlos Gil de Montes Molinari |
Menteri Pengangkutan dan Komunikasi | |
Dalam jawatan 28 Julai 2016 – 22 Mei 2017 | |
Presiden | Pedro Pablo Kuczynski |
Perdana Menteri | Fernando Zavala |
Didahului oleh | José Gallardo Ku |
Digantikan oleh | Bruno Giuffra |
Gabenor Wilayah Moquegua | |
Dalam jawatan 1 Januari 2011 – 1 Januari 2015 | |
Didahului oleh | Jaime Rodríguez Villanueva |
Digantikan oleh | Jaime Rodríguez Villanueva |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Martín Alberto Vizcarra Cornejo 22 Mac 1963 Lima, Peru |
Parti politik | Bebas |
Gabungan politik lain | Peruvians for Change |
Pasangan | Maribel Díaz Cabello |
Anak | 4 |
Tempat belajar | Universiti Kejuruteraan Kebangsaan |
Semasa pilihanraya umum tahun 2016, Vizcarra bertanding atas tiket Peruvians for Change sebagai calon untuk Timbalan Presiden Pertama dan sekutu kepada Pedro Pablo Kuczynski. Mereka berjaya menang tipis ke atas pencalonan Keiko Fujimori dari Popular Force.
Vizcarra telah mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada 23 Mac 2018 berikutan perletakan jawatan Presiden Kuczynski.[1][2] Menuntut pembaharuan menentang rasuah, Vizcarra membubarkan Kongres Peru pada 30 September 2019 dan pada hari berikutnya, telah mengeluarkan satu dekri untuk satu pilihanraya perundangan akan diadakan pada 26 Januari 2020.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.