Mars Pathfinder
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mars Pathfinder (MESUR Pathfinder[2]), kemudian dinamakan kembali sebagai Carl Sagan Memorial Station, dilancarkan pada 4 Disember 1996 oleh NASA di atas roket Delta II hanya sebulan selepas Mars Global Surveyor dilancarkan. Semasa perjalanannya, pesawat angkasa lepas ini terpaksa melaksanakan empat pelarasan pada 10 Januari, 3 Februari, 6 Mei dan 25 Jun. Selepas perjalanan 7 bulan, ia telah mendarat di Ares Vallis, di dalam kawasan dinamakan Chryse Planitia di planet Marikh, di Oxia Palus quadrangle, pada 4 Julai 1997. Sebaik sahaja pendarat dibuka, ia mendedahkan perayau dipanggil Sojourner yang seterusnya melaksanakan banyak uji kaji di permukaan planet Marikh.
Fakta Segera Pengendali, Jenis misi ...
Pengendali | NASA - JPL |
---|---|
Jenis misi | Pendarat, perayau |
Tarikh Masuk Orbit | Mendarat 4 Julai 1997 UT 16:57 |
Tarikh Berlepas | 4 Disember 1996 pada 06:58:07 UTC dari ESMC / kompleks pelancaran 17B |
Kenderaan Pelancar | Delta 7925 (#D240) |
Tempoh misi | pendarat: 30 sol, 31 hari (misi utama)[1] 83 sol, 85 hari (sebenar) perayau: 7 sol, 7 hari (misi utama),[1] |
ID COSPAR | 1996-068A |
Jisim | 264 kg (pendarat), 10.5 kg (perayau) |
Kuasa | 35 W (pendarat) 13 W (perayau) |
Pendaratan Marikh | |
Tarikh | 4 Julai 1997, 16:56:55 UTC SCET MSD 43905 04:41 AMT |
Koordinat | Ares Vallis, 19°7′48″N 33°13′12″W (19.13°, −33.22°) |
Tutup