Marielle Franco
From Wikipedia, the free encyclopedia
Marielle Franco (lahir Marielle Francisco da Silva; 27 Julai 1979 - 14 Mac 2018) ialah seorang ahli politik, feminis, dan aktivis hak asasi manusia Brazil.[1][2] Selepas memperoleh ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam dari Universiti Persekutuan Fluminense, beliau memegang jawatan sebagai ahli majlis bandar Rio de Janeiro dari Partido Socialismo e Liberdade (PSOL) sejak Januari 2017 hingga kematiannya.[3]
Marielle Franco | |
---|---|
Anggota Majlis Bandar Rio de Janeiro | |
Dalam jawatan 1 Januari 2017 – 14 Mac 2018 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Marielle Francisco da Silva (1979-07-27)27 Julai 1979 Rio de Janeiro, Brazil |
Meninggal dunia | 14 Mac 2018(2018-03-14) (umur 38) Rio de Janeiro, Rio de Janeiro, Brazil |
Sebab kematian | Pembunuhan (Ditembak) |
Parti politik | Partido Socialismo e Liberdade (2007–2018) |
Rakan kongsi domestik | Mônica Benício (2006–2018; kematian Franco) |
Anak-anak | 1 |
Alma mater | Pontifícia Universidade Católica do Rio de Janeiro Universiti Persekutuan Fluminense |
Pekerjaan | Ahli politik, ahli sosiologi |
Pada 14 Mac 2018, dalam perjalanan pulang selepas menyampaikan pidato, Franco dan sepupunya, Anderson Pedro Gomes, ditembak beberapa kali dan kemudian mati di tempat kejadian.[4] Dua orang pembunuh melakukan tindakan tersebut dari kenderaan lain.[5] Franco dikenali atas kritikannya terhadap kekejaman polis dan pembunuhan di luar undang-undang,[6] serta campurtangan pemerintah persekutuan Brazil di negeri Rio de Janeiro pada Februari 2018 di mana peralatan ketenteraan dikerahkan dalam pelbagai operasi polis.[7][8][9] Pada Mac 2019, dua bekas pegawai polis ditangkap dan didakwa atas pembunuhan Marielle Franco.[10]