Maria Theresa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Maria Theresa Walburga Amalia Christina (Jerman: Maria Theresiacode: de is deprecated ; 13 Mei 1717 – 29 November 1780) merupakan pemerintah dominion Habsburg dari tahun 1740 sehingga kemangkatannya pada tahun 1780, dan dalam sejarah Monarki Habsburg, baginda adalah satu-satunya wanita yang memegang jawatan tersebut secara mutlak serta memerintah empayar atas hak baginda sendiri. Baginda merupakan pemerintah berdaulat Austria, Hungary, Croatia, Bohemia, Transylvania, Mantua, Milan, Lodomeria dan Galicia, Belanda Austria, dan Parma. Melalui perkahwinan, baginda merupakan Duchess Lorraine, Grand Duchess Tuscany dan Maharani Suci Rom. Baginda adalah pemerintah Habsburg yang paling berjaya dan paling lama memerintah, sepanjang 40 tahun pemerintahannya, baginda telah mengishtiharkan reformasi secara besar-besaran didalam bidang institusi, pendidikan, perubatan serta mempromosikan dan menyokong institusi kewangan serta menggalakkan bidang pertanian di wilayahnya. Selain itu, Baginda telah merombak dan menyusun semula pasukan ketenteraan Diraja Austria, hasilnya pasukan ketenteraan Austria telah menjadi salah satu pasukan ketenteraan yang paling dihormati serta terkuat dibenua Eropah pada era baginda.
Maria Theresa | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharani Suci Rom | |||||
Tempoh | 13 September 1745 – 18 Ogos 1765 | ||||
Ratu Bohemia | |||||
Pemerintahan | 12 Mei 1743 – 29 November 1780 | ||||
Kemahkotaan | 12 Mei 1743 | ||||
Didahului oleh | Charles Albert | ||||
Diikuti oleh | Joseph II | ||||
Pemerintahan | 20 Oktober 1740 – 19 December 1741 | ||||
Didahului oleh | Charles II | ||||
Diikuti oleh | Charles Albert | ||||
Duchess Agung Austria Ratu Hungary dan Croatia | |||||
Pemerintahan | 20 Oktober 1740 – 29 November 1780 | ||||
Kemahkotaan | 25 Jun 1741 | ||||
Didahului oleh | Charles III | ||||
Diikuti oleh | Joseph II | ||||
Keputeraan | (1717-05-13)13 Mei 1717 Vienna, Austria | ||||
Kemangkatan | 29 November 1780(1780-11-29) (umur 63) Vienna, Austria | ||||
Pemakaman | Kripta Maharaja | ||||
Pasangan | Francis III Stephen, Duke Lorraine (k. 1736; m. 1765) | ||||
Anakanda lebih... |
| ||||
| |||||
Kerabat | Habsburg | ||||
Ayahanda | Charles VI, Empayar Suci Rom | ||||
Bonda | Elisabeth Christine dari Brunswick-Wolfenbüttel | ||||
Agama | Roman Katolik | ||||
Tandatangan |