From Wikipedia, the free encyclopedia
Marco Melandri (lahir 7 Ogos 1982 di Ravenna Itali) ialah pelumba MotoGP yang kini berlumba untuk pasukan kilang Ducati Marlboro. Melandri juga merupakan bekas Johan Dunia 250cc pada tahun 2002. Beliau kini tinggal dua batu dari Donington Park, balapan yang termasyhur di Derbyshire, England.
Marco Melandri | ||
---|---|---|
Melandri (left) |
||
Nama samaran | Macio | |
Kewarganegaraan | Itali | |
Tarikh lahir | 7 Ogos 1982 | |
Tempat lahir | Ravenna, Itali | |
Rekod MotoGP | ||
Kejuaraan Dunia | 250cc - 2002 | |
Perlumbaan | 215 | |
Kemenangan | 22 | |
Podium | 62 | |
Petak pertama | 9 | |
Pusingan terpantas | 16 | |
Mata kejuaraan | 2096 | |
Kedudukan 2015 | NC (0 mata) |
Dilahirkan di Ravenna, Marco Melandri diperkenalkan kepada sukan perlumbaan oleh bekas pelumba, Loris Reggiani, ketika hanya berumur enam tahun. Beliau bermula dengan minimotor, motocross (MX) dan kemudiannya kejohanan 125cc Eropah.
Pada tahun1997, Melandri memenangi kejohanan 125cc Itali, dan juga tempat ke-4 dalam kejohanan 125cc Eropah. Di samping itu, beliau juga muncul buat pertama kali dalam kejohanan dunia 125cc di Brno, Republik Czech sebagai pelumba yang tidak melayakkan diri melalui peraturan biasa.
Selepas menarik perhatian dalam kejohanan Itali dan Eropah pada tahun 1997, Melandri akhirnya diberi peluang untuk bersaing dalam kejohanan dunia 125cc sebagai pelumba tetap. Beliau menunggang motosikal 125cc Honda bersama-sama Pasukan Benetton Honda.
Melandri kemudian menarik perhatian banyak orang apabila beliau memperoleh podiumnya yang pertama dalam perlumbaan keempat untuk musim tersebut, dengan kemenangan tempat kedua dalam Grand Prix di tempat asalnya, Mugello, Itali. Musim kemunculan buat pertama kalinya itu yang cemerlang berterusan apabila beliau memenangi grand prixnya yang pertama di Assen TT, Belanda. Ketika itu, Melandri hanya berumur 15 tahun dan 324 hari dan oleh itu, menyebabkannya menjadi pemenang Grand Prix yang paling muda. Pada keseluruhannya, beliau memenangi dua Grand Prix pada musim kemunculan buat pertama kalinya dan dengan pencapaian itu, memenangi tempat ketiga pada keseluruhannya selepas johan Kazuto Sakata dan naib johan Tomomi Manako dalam musim tersebut.
Melandir menggunakan motosikal yang sama dan masih berkekalan dalam pasukannya pada tahun 1999 apabila beliau mencuba memenangi kejohanan dunia 125cc. Walaupun beliau memenangi lima Grand Prix, beliau gagal menjadi johan dan mendapat tempat kedua selepas Emilio Alzamora dengan perbezaan hanya satu mata antara mereka. Sungguhpun demikian, kegagalan tersebut tidak menghalang kebangkitannya dalam kejohanan dunia 250cc pada tahun 2000.
Selepas memenangi gelaran dunia 250cc pada tahun 2002, Melandri beralih ke kelas MotoGP pada tahun 2003 untuk memimpin pasukan kilang Yamaha bersama-sama dengan Carlos Checa. Malangya, beliau patah kaki selepas suatu kemalangan yang teruk dalam perlumbaan pertama, dan dengan susah payah berusaha untuk mencapai kejayaan bagi tempoh musim yang tinggal. Beliau mencapai kedudukan ke-15 tanpa mendapatkan sebarang podium.
Pada tahun 2004, Melandri menyertai pasukan satelit Yamaha dan dengan itu, sekali lagi bersama-sama dengan Carlos Checa. Pada musim ini, beliau juga berusaha dengan susah payah untuk mendapat keputusan yang baik. Beliau dapat mengumpulkan dua podium berturut-turut, akan tetapi satu siri perlanggaran dan penarikan diri menghalangnya daripada mendapatkan 10 tempat teratas pada keseluruhannya. Melandri mendapat tempat ke-12 pada musim itu.
Dilepaskan daripada kontrak Yamaha selepas musim 2004, Melandri menjadi pilihan yang tidak disangka kepada Fausto Gresini untuk menyertai Sete Gibernau dalam pasukan Movistar Honda bagi kempen MotoGP 2005. Bagi kempen tersebut, Melandri mencapai kejayaan yang luar biasa dengan pasukan Movistar Honda, dengan pencapaian penghabisan podium yang tekal pada awal musim. Akhirnya, beliau mendapatkan dua kemenangannya yang pertama pada dua perlumbaan terakhir untuk mendapatkan tempat kedua dalam kejohanan 2005. Dengan berbuat demikian, Melandri menjadi pelumba Honda yang pertama untuk memenangi dua perlumbaan berturut-berturut, iaitu pusing ke-16 dalam Kejohanan MotoGP di Istanbul, Turki, dan perlumbaan terakhir (pusingan ke-17) di Valencia, sejak hampir dua tahun. Walaupun beliau tidak dapat berlawan dengan Valentino Rossi, kawan karibnya, untuk gelaran tersebut, beliau menghabiskan musim itu dengan dua kemenangan dan lima podium tambahan untuk menjadi naib johan.
Melandri berlumba untuk Fortuna Honda, pasukan Gresini, bersama-sama dengan Toni Elías pada musim 2006. Dengan Rossi bersusah payah untuk mencapai ketekalan, Melandri merupakan pencabar utama, bersama-sama dengan Loris Capirossi daripada pasukan Ducati dan pelumba-pelumba Honda, Nicky Hayden dan Dani Pedrosa. Melandri menang sekali lagi di Istanbul, walaupun beliau bermula dari tempat ke-14 di dalam grid. Beliau mencapai kemenangan lagi di Le Mans, Perancis, dan Pulau Phillip, Australia, lalu menamatkan musim itu dalam kedudukan keempat, hanya satu mata kurang daripada Capirossi.
Pada tahun 2007, Melandri dan Elias berkekalan dalam pasukan Honda Gresini yang kini ditaja oleh Hannspree. Malangnya, mesin 800cc Honda tidak berupaya bersaing. Melandri mencapai kedudukan ketiga dalam perlumbaan di Laguna Seca, dan kedudukan keenam pada keseluruhannya, dengan pemerolehan satu podium tambahan di Le Mans. Selepas sepuluh perlumbaan itu, pelumba Dani Pedrosa menjadi satu-satunya pelumba Honda yang mendahuluinya dari segi kedudukan. Kedua-dua mereka itu merupakan satu-satunya pelumba Honda yang mencapai berbilang podium.
Sebaik sahaja selepas Melandri memenangi tempat ketiga dalam pusingan MotoGP Amerika Syarikat 2007, Ducati mengumumkan bahawa Melandri akan menyertai pasukan kilang bersama-sama Casey Stoner untuk perlumbaan tahun 2008 dan 2009.[1]
Tahun | Kelas | Pasukan | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | WRC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1997 | 125 cc | Honda | Honda | MAL | JPN | SPA | ITA | AUT | FRA | NED | SMR | GER | BRA | GBR | CZE 17 |
CAT | IND | AUS | - | 0 | |||
1998 | 125 cc | Honda | JPN 10 |
MAL Ret |
SPA 10 |
ITA 2 |
FRA 2 |
MAD 2 |
NED 1 |
GBR 4 |
GER 13 |
CZE 1 |
SMR 2 |
CAT 8 |
AUS 3 |
ARG 2 |
3rd | 202 | |||||
1999 | 125 cc | Honda | MAL Inj |
JPN Inj |
SPA Ret |
FRA 6 |
ITA 2 |
CAT 3 |
NED 8 |
GBR 5 |
GER 1 |
CZE 1 |
SMR 1 |
VAL Ret |
AUS 1 |
SAF 3 |
BRA 2 |
ARG 1 |
2nd | 226 | |||
2000 | 250 cc | Aprilia | SAF 13 |
MAL 5 |
JPN 5 |
SPA 6 |
FRA 4 |
ITA 4 |
CAT 6 |
NED Ret |
GBR Ret |
GER Ret |
CZE 4 |
POR 3 |
VAL 3 |
BRA 3 |
PAC 3 |
AUS 5 |
5th | 159 | |||
2001 | 250 cc | Aprilia | JPN 6 |
SAF 2 |
SPA 3 |
FRA 3 |
ITA 3 |
CAT Ret |
NED 6 |
GBR 3 |
GER 1 |
CZE 2 |
POR 2 |
VAL Ret |
PAC Ret |
AUS Inj |
MAL 11 |
BRA 2 |
3rd | 194 | |||
2002 | 250 cc | Aprilia | JPN Ret |
SAF 1 |
SPA Ret |
FRA 2 |
ITA 1 |
CAT 1 |
NED 1 |
GBR 1 |
GER 1 |
CZE 1 |
POR 2 |
BRA 4 |
PAC 2 |
MAL Ret |
AUS 1 |
VAL 1 |
1st | 298 | |||
2003 | MotoGP | Yamaha | JPN Inj |
SAF Inj |
SPA 17 |
FRA 15 |
ITA 11 |
CAT 13 |
NED Ret |
GBR Ret |
GER Ret |
CZE 10 |
POR 7 |
BRA 11 |
PAC 5 |
MAL 9 |
AUS Ret |
VAL Inj |
15th | 45 | |||
2004 | MotoGP | Yamaha | SAF 11 |
SPA Ret |
FRA 6 |
ITA 9 |
CAT 3 |
NED 3 |
BRA 13 |
GER Ret |
GBR Inj |
CZE 9 |
POR Ret |
JPN 5 |
QAT Ret |
MAL Ret |
AUS Ret |
VAL Ret |
12th | 75 | |||
2005 | MotoGP | Honda | SPA 3 |
POR 4 |
CHN 3 |
FRA 4 |
ITA 4 |
CAT 3 |
NED 2 |
USA Ret |
GBR Ret |
GER 7 |
CZE 6 |
JPN Ret |
MAL 5 |
QAT 2 |
AUS 4 |
TUR 1 |
VAL 1 |
2nd | 220 | ||
2006 | MotoGP | Honda | SPA 5 |
QAT 7 |
TUR 1 |
CHN 7 |
FRA 1 |
ITA 6 |
CAT Ret |
NED 7 |
GBR 3 |
GER 2 |
USA 3 |
CZE 5 |
MAL 9 |
AUS 1 |
JPN 3 |
POR 8 |
VAL 5 |
4th | 228 | ||
2007 | MotoGP | Honda | Honda RC212V | QAT 5 |
SPA 8 |
CHN 5 |
TUR 5 |
FRA 2 |
ITA 9 |
CAT 9 |
GBR 10 |
NED 10 |
GER 6 |
USA 3 |
CZE Inj |
SMR 4 |
POR 5 |
JPN 5 |
AUS 10 |
MAL 2 |
VAL 4 |
5th | 187 |
2008 | MotoGP | Ducati Marlboro | Ducati Desmosedici GP 8 | QAT - |
SPA - |
POR - |
CHN - |
FRA - |
ITA - |
CAT - |
GBR - |
NED - |
GER - |
USA - |
CZE - |
SMR - |
IND - |
JPN - |
AUS - |
MAL - |
VAL - |
- | - |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.