From Wikipedia, the free encyclopedia
Manuel Acuña Roxas (1 Januari 1892 – 15 April 1948) ialah presiden pertama Republik Filipina merdeka. Dia berkhidmat sebagai presiden selepas Filipina merdeka pada tahun 1946 sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1948.
Manuel Acuña Roxas | |
---|---|
Presiden Filipina ke-5 Presiden Komanwel ke-3 Presiden Republik Ketiga pertama | |
Dalam jawatan 28 Mei 1946 (sebagai Presiden Komanwel, kemudian Presiden Republik) – 15 April 1948 | |
Naib Presiden | Elpidio Quirino |
Didahului oleh | Sergio Osmeña |
Digantikan oleh | Elpidio Quirino |
Gabenor Capiz | |
Dalam jawatan 1919–1921 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1 Januari 1892 Capiz (kini Bandar Roxas), Capiz |
Mati | 15 April 1948 56) Pangkalan Udara Clark, Pampanga | (umur
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Utara Manila, Santa Cruz, Manila, Filipina |
Parti politik | Parti Liberal (1945–1948) |
Gabungan politik lain | Parti Nacionalista (sebelum 1945) |
Pasangan | Trinidad de Leon |
Tempat belajar | Universiti Manila Kolej Undang-Undang Universiti Filipina |
Tandatangan | |
Roxas dilahirkan pada 1 Januari 1892 di Capiz, Capiz, sebuah bandar yang diberi nama bersempena nama beliau sebagai satu tanda penghormatan kepada Rosario Acuña. Bapa Roxas, Gerardo Roxas, Sr., meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan.
Roxas menuntut pengajian peringkat tinggi di Universiti Manila, dan dalam bidang undang-undang di Universiti Filipina. Kerjaya politiknya bermula sebagai seorang pegawai kehakiman wilayah. Pada tahun 1921, dia dilantik menjadi Ahli Dewan Perwakilan Filipinan dan pada tahun berikutnya dia dilantik pula menjadi speaker.
Selepas Komanwel Filipina ditubuhkan pada tahun 1935, Roxas menjadi Ahli Persidangan Kebangsaan dan berkhidmat (1938-1941) sebagai Setiausaha Kewangan dalam kabinet Presiden Manuel L. Quezon. Selepas pemindaan dibuat kepada Perlembagaan Filipina 1935 akhirnya pada tahun 1941 ia disahkan. Roxas kemudian dipilih (1941) ke Senat Filipina, tetapi gagal menjalankan tugas apabila tercetusnya Perang Dunia II. Beliau kembali berkhidmat pada tahun 1945.
Dia dipilih menjadi pegawai perantara di antara kerajaan Komanwel dan Tentera Amerika Syarikat di Timur Jauh yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur. Dia menemani Presiden Quezon ke Corregidor yang mana dia menyelia pemusnahan mata wang Filipina bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan pihak Jepun. Apabila Quezon meninggalkan Corregidor, Roxas berlepas ke Mindanao untuk mengetuai pasukan penentangan di sana. Dia dipilih menjadi pengganti Presiden kerana bimbang akan tertangkapnya Quezon atau Naib Presiden Sergio Osmeña. Roxas ditangkap oleh pasukan tentera Jepun pada tahun 1942. Selepas dipenjarakan buat beberapa ketika, dia dibawa ke Manila untuk menandatangani Perlembagaan yang ditaja Jepun bagi penubuhan Republik Filipina. Dia diberi tanggungjawab terhadap polisi ekonomi di bawah kerajaan pimpinan Jose P. Laurel. Pada masa itu juga beliau berkhidmat sebagai ejen perisikan kepada pasukan gerila Filipina. Pada tahun 1944 dia ditangkap ketika cuba melarikan diri ke kawasan yang dikuasai pihak Bersekutu. Kepulangan tentera Amerika Syarikat ke Filipina menyebabkan dia ditahan dan dituduh menjadi tali barut pihak Jepun. Selepas peperangan tamat, Jeneral Douglas MacArthur membebaskan beliau daripada segala tuduhan dan menjadikan dia pengawai perantara bagi pihak tentera Amerika.
Apabila Kongres Filipina bersidang pada tahun 1945, mereka memilih Roxas sebagai Presiden Senat. Semasa Pilihan Raya Umum tahun 1946, Roxas bertanding sebagai calon bagi Parti Liberal dengan sokongan kuat Jeneral MacArthur. Lawannya ialah Sergio Osmeña, yang enggan menjalankan sebarang kempen atas alasan rakyat Filipina tahu akan reputasinya. Walau bagaimanapun, semasa pilihan raya yang berlangsung pada 23 April 1946 Roxas memenangi 54 peratus daripada jumlah undi, dan Parti Liberal memenangi majoriti dalam badan perundangan. Apabila kemerdekaan Filipina diiktiraf Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946, dia menjadi presiden pertama republik baru.
Pada tahun 1948, Roxas mengisytiharkan pengampunan buat pihak yang ditangkap kerana bersengkokol dengan tentera Jepun semasa Perang Dunia II, kecuali buat mereka yang terlibat dalam jenayah kejam.
Manuel Roxas mengahwini Doña Trinidad de Leon dan mempunyai dua orang anak iaitu Ruby dan Gerardo "Gerry" Roxas, Jr. yang menjadi ahli kongres dan ketua Parti Liberal.
Beliau meninggal dunia pada 5 April 1948 sewaktu berusia 56 tahun, akibat serangan jantung semasa berucap di Pangkalan Udara Clark. Pada hari itu, Presiden Manuel Roxas menghadiri satu majlis di Pangkalan Udara Tetera Amerika di Pampanga. Disana, Roxas telah mengadu sakit kepala dan sesak nafas. Roxas lalu dibawa ke kediaman Mejar Jeneral E.L Eubank dimana Roxas meninggal dunia malam itu juga. Naib Presiden Elpidio Quirino mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baru selepas pengebumian Manuel Roxas di Tanah Perkuburan Utara Manila keesokan harinya.
Dua orang anak cucu Manuel Roxas yang kemudiannya mengikuti jejak langkah bapa dan datuk mereka iaitu; Senator Manuel Mar Araneta Roxas II dan Ahli Kongress Gerardo Dinggoy Roxas, Jr. Dinggoy Roxas, yang menjadi wakil rakyat di Capiz, meninggal dunia pada tahun 1992 akibat kanser.
Komanwel Filipina menjadi Republik Filipina pada 4 Julai 1946. Semasa tarikh itu, Setiausaha Luar Negara menjadi orang yang pertama dalam susunan kabinet.
JAWATAN | NAMA | KHIDMAT |
Presiden | Manuel Roxas | 1946–1948 |
Naib Presiden | Elpidio Quirino | 1946–1948 |
Setiausaha Luar Negara | Elpidio Quirino | 1946–1948 |
Setiausaha Dalam Negeri | Jose Zulueta | 1946–1948 |
Setiausaha Kewangan | Miguel Cuaderno | 1946–1948 |
Setiausaha Keadilan | Ramon Ozaeta | 1946–1948 |
Setiausaha Pertanian dan Perdagangan | Mariano Garchitorena | 1946–1948 |
Setiausaha Kerja Awam dan Komunikasi | Ricardo Nepumoceno | 1946–1948 |
Setiausaha Arahan | Manuel Gallego | 1946–1948 |
Setiausaha Buruh | Pedro Magsalin | 1946–1948 |
Setiausaha Keselamatan Kebangsaan | Ruperto Kangleon | 1946–1948 |
Setiausaha Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat | Antonio Villarama | 1946–1948 |
Pejabat Audit Besar | Sotero Cabahug | 1945–1946 |
Setiausaha Presiden | Jose S. Reyes | 1945–1946 |
Pesuruhjaya Residen | Carlos P. Romulo | 1945–1946 |
Didahului oleh ? |
Gabenor Capiz 1919–1922 |
Diikuti oleh: ? |
Didahului oleh Antonio Habana |
Wakil Daerah Capiz 1922–1934 |
Diikuti oleh: Ramon A. Arnaldo |
Didahului oleh Sergio Osmeña |
Speaker Dewan Perwakilan Filipina 1922–1933 |
Diikuti oleh: Quintin Paredes |
Didahului oleh - |
Delegasi Konvensyen Perlembagaan 1934–1935 |
Diikuti oleh: - |
Didahului oleh - |
Persidangan Kebangsaan 1935–1938 |
Diikuti oleh: ? |
Didahului oleh ? |
Setiausaha Kewangan 1938–1941 |
Diikuti oleh: ? |
Didahului oleh - |
Pegawai Perantara Tentera Amerika Syarikat dan Kerajaan Filipina 1941–1942 |
Diikuti oleh: - |
Didahului oleh Jorge Vargas |
Setiausaha Eksekutif 1942 |
Diikuti oleh: Arturo Rotor |
Didahului oleh ? |
Pentadbir NARIC 1943–1945 |
Diikuti oleh: dibubarkan |
Didahului oleh dipulihkan |
Presiden Senat Filipina 1945–1946 |
Diikuti oleh: Jose Avelino |
Didahului oleh Sergio Osmena |
Presiden Filipina 1946–1948 |
Diikuti oleh: Elpidio Quirino |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.