Manik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Manik adalah objek hiasan kecil yang terdapat dalam bahan pelbagai bentuk dan saiz seperti batu, tulang, kulit, kaca, plastik, kayu atau mutiara dan dengan lubang kecil untuk memasukkan benang atau tali. Manik mempunyai saiz dari bawah 1 milimeter (0.039 in) hingga diameter lebih daripada 1 sentimeter (0.39 in). Sepasang manik yang diperbuat daripada kerang siput laut Nassarius, kira-kira 100,000 tahun, dianggap sebagai contoh barang kemas yang paling awal diketahui.[1][2] Kerja manik ("Beadwork") adalah seni atau kerajinan membuat barangan dengan menggunakan manik-manik. Manik boleh ditenun dengan menggunakan benang khusus, dirantai menggunakan benang atau kawat lembut, mudah lentur, atau dilekatkan pada permukaan (contohnya kain atau tanah liat).
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Beads.jpg/250px-Beads.jpg)