Malé
From Wikipedia, the free encyclopedia
Malé (bahasa Divehi: މާލެ) ialah ibu negara dan bandar raya paling padat di Republik Maldives. Secara geografi, ia terletak di selatan Atol Malé Utara, yang merupakan sebahagian daripada kawasan pentadbiran Atol Kaafu. Walaupun bagaimanapun, bandar raya tersebut ditadbir oleh Majlis Bandaraya Malé. Keluasan bandar raya ini meliputi kawasan seluas 5.798 kilometer persegi (2.239 bt2) dan ia semakin membesar disebabkan oleh projek penebusgunaan tanah.
Malé
މާލެ | |
---|---|
Bandar raya | |
Negara | Maldives |
Atol geografi | Atol Kaafu |
Pentadbiran | |
• Majlis | Majlis Bandaraya Malé |
• Datuk bandar | Maizan Ali Manik (M) |
Keluasan | |
• Jumlah | 5.798 km2 (2.239 batu persegi) |
Aras | 2.4 m (7.9 ft) |
Penduduk (2012) | |
• Jumlah | 105,000 |
• Kepadatan | 18,000/km2 (50,000/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+5 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
Kod kawasan | 331, 332, 333, 334 |
Kod ISO 3166 | MV-MLE |
Laman sesawang | malecity |
Malé merupakan pusat politik, kebudayaan, ekonomi dan kewangan yang utama di Maldives; malah seluruh negara Maldives diberi nama sempena kota ini bermaksud "pulau-pulau Malé".[1] Pada tahun 2012, Malé mempunyai jumlah penduduk kira-kira 105,000 orang. Bandar raya ini dihubungkan dengan dunia luar oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir yang terletak di Pulau Hulhulé.