Makan paksa (force-feeding) ialah suatu perbuatan menyuap makanan kepada manusia atau haiwan dengan cara paksaan.

Terhadap manusia

Penghukuman atau penyeksaan tahanan

Ia seringkalinya digunakan sebagai suatu perbuatan menyeksa tahanan sekiranya mereka memutuskan mogok lapar sebagai tanda bantahan. Ia sering digunakan terhadap aktivis hak mengundi wanita di Britain pada awal abad ke-20, ia menjadi dikenali melalui catatan rahsia oleh Sylvia Pankhurst dan Frances Parker.

Hamba yang cuba membunuh diri melalui kaedah mogok ini akan diseksa penjual dengan suatu alat khas yang membuka mulut hamba tersebut.[1]

Tindakan sebegini telah diharamkan melalui pelulusan Deklarasi Tokyo oleh Pertubuhan Perubatan Sedunia pada tahun 1975.

Dalam budaya masyarakat

Perkara sebegini ada diamalkan dalam kalangan sesetengah masyarakat di utara Afrika seperti Mauritania, Sahara Barat dan selatan Maghribi dengan nama leblouh [lĕ-bluh; Arab: البلوح, rumi: al-balūḥ, lə-blūḥ] di mana anak perempuan semuda 5 tahun disuapkan makanan berlemak secara kerap seharian. Menurut masyarakat yang mengamalkan penyuapan sebegini, hal ini kerana pengantin perempuan yang gemuk dianggap sebagai molek dan digemari pasangan.[2][3][4]

Terhadap haiwan

Perbuatan ini diamalkan penternak itik atau angsa untuk mendapatkan hati haiwan yang membesar hasil pemakanan sebegitu sebagai foie gras. Teknik ini diberi nama gavage.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.