From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Peralihan Kebangsaan (Arab: المجلس الوطني الإنتقالي al-majlis al-waṭanī al-intiqālī atau kependekannya NTC) merupakan kerajaan de facto Libya bagi tempoh semasa dan selepas perang saudara pada tahun 2011 di mana kerajaan ini merupakan antara kuasa yang ingin menjatuhkan kerajaan Jamahiriya Kolonel Muammar Gaddafi. Majlis ini mentadbir negara Libya selama 10 bulan selepas peperangan dan mengadakan pilihan raya untuk Kongres Kebangsaan Am pada 7 Julai 2012 serta menyerahkan kuasa kepada ahli Kongres yang baharu dipilih pada 8 Julai 2011.[2]
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | NTC |
Jenis/bentuk sah | Kerajaan sementara |
Tujuan | Demokrasi atau perhimpunan secara berunding |
Bahasa rasmi | Arab |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Pendahulu | Kongres Rakyat Am Jamahiriya Arab Libya |
Pengganti | Kongres Kebangsaan Am Libya |
Dibentuk | 27 Februari 2011 |
Dibubarkan | 8 Ogos 2012 [1] |
Pengurusan | |
Pengerusi | Mustafa Abdul Jalil |
Pengerusi | Mustafa Abdul Jalil |
Timbalan Pengerusi | Mustafa Honi |
Perdana Menteri | Abdurrahim El-Keib Mahmoud Jibril |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Tripoli |
Lokasi | |
Koordinat | 7°32′N 4°20′E |
sunting · sunting di Wikidata |
Pembentukan Majlis Peralihan Kebangsaan diumumkan di Benghazi pada 27 Februari 2012 bertujuan untuk bertindak sebagai "wajah revolusi dalam siasah". Pada 5 Mac 2011, majlis ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengisytiharkan bahawa majlis ini sebagai "satu-satunya badan sah yang mewakili Libya dan rakyatnya".[3][4] Sebuah lembaga eksekutif yang dipengerusikan oleh Mahmoud Jibril telah dibentuk oleh NTC pada 23 Mac 2011 selepas berhimpun secara de facto sebagai "pasukan eksekutif" sejak 5 Mac 2011. NTC mengeluarkan Pengisytiharan Perlembagaan pada Ogos 2011 dimana ia ditubuhkan bagi menjalankan peralihan negara kepada demokrasi berperlembagaan dengan kerajaan yang dipilih.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.