Ma Ying-jeou
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ma Ying-jeou (Cina Tradisional: 馬英九code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 马英九code: zh is deprecated , pinyin: Mǎ Yīngjiǔ; lahir 13 Julai 1950) ialah ahli politik Taiwan yang berkhidmat sebagai Presiden Republik China (Taiwan) ke-6 dari 2008 hingga 2016. Beliau pernah berkhidmat sebagai pengerusi Parti Nasionalis China (Kuomintang), Menteri Kehakiman (1993-1996) serta Datuk Bandar Taipei (1998-2006).
Ma Ying-jeou 馬英九code: zh is deprecated | |
---|---|
Presiden Republik China ke-6 | |
Dalam jawatan 20 Mei 2008 – 20 Mei 2016 | |
Premier | Liu Chao-shiuan Wu Den-yih |
Naib Presiden | Vincent Siew Wu Den-yih |
Didahului oleh | Chen Shui-bian |
Digantikan oleh | Tsai Ing-wen |
Pengerusi Kuomintang | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2009 – 3 Disember 2014 | |
Didahului oleh | Wu Po-hsiung |
Digantikan oleh | Wu Den-yih |
Dalam jawatan 16 Julai 2005 – 13 Februari 2007 | |
Didahului oleh | Lien Chan |
Digantikan oleh | Wu Po-hsiung |
Datuk Bandar Taipei | |
Dalam jawatan 25 Disember 1998 – 25 Disember 2006 | |
Didahului oleh | Chen Shui-bian |
Digantikan oleh | Hau Lung-pin |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1950-07-13) 13 Julai 1950 (umur 73) Yau Ma Tei, Hong Kong |
Parti politik | Kuomintang |
Pasangan | Chow Mei-ching |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Taiwan Universiti New York Universiti Harvard |
Laman web rasmi | Tapak rasmi |
Ma dilantik menjadi Datuk Bandar Taipei pada tahun 1998 dan dilantik semula pada tahun 2002. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Kuomintang oleh ahli-ahli parti pada 16 Julai 2005. Beliau mengumumkan perletakan jawatan pada 13 Februari 2007 setelah didakwa oleh Jabatan Pendakwa Tinggi Taiwan atas tuduhan salah guna dana ketika menyandang jawatan datuk bandar Taipei - beliau didapati tidak bersalah.[1] Ma akhirnya memenangi jawatan presiden di pilihan raya presiden 2008 dengan 58.45% undi popular[2] dan mengangkat sumpah pada 20 Mei 2008. Beliau dilantik semula mempengerusikan Kuomintang pada 17 Oktober 2009.[3] dan mempertahankan jawatan presidennya pada 2012 dengan 51.5% undi.[4]