From Wikipedia, the free encyclopedia
Meteor adalah sebuah peluru berpandu udara ke udara jarak melangkaui ufuk (BVRAAM) terpandu radar aktif yang dibangunkan oleh MBDA. Meteor menawarkan keupayaan tembakan berbilang (pelancar berbilang untuk menentang sasaran berbilang), dan kebolehan untuk bertempur dengan sasaran yang mempunyai kelincahan tinggi seperti jet dan sasaran kecil seperti UAV serta peluru berpandu kruis dalam persekitaran tindak balas elektronik (ECM) yang padat dengan jarak melebihi 100 kilometer (54 nmi).[4] Sebuah motor ramjet dengan bahan api pepejal membolehkan peluru berpandu ini meluncur pada halaju lebih daripada Mach 4 yang mana membekalkan peluru berpandu dengan tujahan dan pecutan di tengah penerbangan untuk memintas sasaran.[6][7] Pautan data dua hala pula membolehkan pesawat yang melancarkan peluru berpandu ini memberi kemas kini sasaran semasa penerbangan atau penyasarkan semula sekira perlu, termasuk data dari pihak ketiga daripada luar pesawat. Pautan data boleh menghantar maklumat peluru berpandu seperti status fungsi dan kinematik, maklumat berkenaan sasaran berbilang dan notifikasi berkenaan sasaran oleh penjejak.[3]
Meteor | |
---|---|
Jenis | Peluru berpandu udara ke udara jarak melangkaui ufuk |
Tempat asal | Perancis / United Kingdom / Jerman / Itali / Sepanyol / Sweden |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | Sejak 2016 |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | MBDA |
Kos unit | €2,000,000 (AS$Harga format: tidak boleh menghuraikan nilai "Formatting error: Not a number: Templat:To EUR/data/2020") (FY 2019)[1] |
Spesifikasi | |
Berat | 190 kg (419 lb)[2] |
Panjang | 3.65 m (12 ka 0 in)[3] |
Diameter | 0.178 m (7.0 in) |
Warhead | Letupan tinggi blast-fragmentation |
Detonation mechanism | Fius dekat/hentaman |
Enjin | roket berduktus pendikit boleh laras (ramjet) |
Jarak operasi | |
Kelajuan | Lebih Mach 4 |
Sistem pemanduan | Panduan inersia, kemas kini semas penerbangan mellaui pautan data, terminal panduan radar aktif |
Platform pelancaran |
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.