![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b7/Defense.gov_News_Photo_041027-F-2034C-010.jpg/640px-Defense.gov_News_Photo_041027-F-2034C-010.jpg&w=640&q=50)
M1 Abrams
From Wikipedia, the free encyclopedia
M1 Abrams adalah sebuah Kereta Kebal Utama yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. M1 dinamakan sempena nama Jeneral Creighton Abrams, bekas Ketua Turus dan komander bagi Rejimen Armor ke-37. Kereta kebal ini lengkap bersenjata, berperisai kuat, dan kereta kebal yang mempunyai mobiliti tinggi yang direka untuk menghadapi peperangan berperisai yang moden.[perlu rujukan] Ciri-ciri ketara kereta kebal M1 Abrams adalah penggunaan enjin turbin gas berkuasa, penggunaan perisai komposit yang canggih, dan tempat simpanan peluru yang berasingan dalam ruang letupan untuk menjaga keselamatan krew. Ia merupakan antara kereta kebal terberat yang berada dalam perkhidmatan, iaitu seberat hampir 70 tan.
M1 Abrams | |
---|---|
![]() M1A1 Abrams semasa bertugas di Iraq, 2004. | |
Jenis | Kereta Kebal Utama |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Amerika Syarikat, Australia, Mesir, Kuwait, Arab Saudi |
Perang | Perang Teluk, Perang Iraq |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Chrysler Defense |
Direka | 1970-an |
Pengeluar | General Dynamics |
Kos unit | AS$4.35 juta (M1A2)[1] |
Dihasilkan | 1979–sekarang |
Aneka | M1A1, M1A2, M1A2SEP |
Spesifikasi | |
Berat | 61.4 tan |
Panjang | Dengan meriam: 9.77 m (32.04 kaki) Panjang badan: 7.93 m (26.02 kaki) |
Lebar | 3.66 m (12 kaki) |
Tinggi | 2.44 m (8 kaki) |
Krew | 4 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu) |
Armor | Chobham, RHA |
Senjata pertama | Meriam berpilin 105 mm M68 (M1) Meriam berlaras licin 120 mm M256 (M1A1, M1A2, M1A2SEP) |
Senjata kedua | 1 x mesingan berat .50-kaliber (12.7 mm) M2HB 2 x mesingan M240 7.62 mm (1 pintle-mounted, 1 coaxial) |
Enjin | Enjin turbin pelbagai bahan api AGT-1500C 1500 hp (1119 kW) |
Kuasa/berat | 24.5 hp/tan |
Transmisi | Allison DDA X-1100-3B |
Sistem ampaian | Torsion bar |
Kelegaan bumi | 0.48 m (M1, M1A1) 0.43 m (M1A2) |
Jarak operasi | 465.29 km (289 mi) Dengan sistem NBC: 449.19 km (279 batu) |
Kelajuan | Jalan raya: 67.72 km/j (42 bsj) Off-road: 48.3 km/j (30 bsj) |
M1 Abrams memasuki perkhidmatan pada tahun 1980, untuk mengantikan kereta kebal M60 Patton dan M48A5. M1 Abrams bagaimanapun telah berkhidmat bersama-sama dengan M60A3 yang dipertingkatkan selama sedekad, bermula pada tahun 1978. 3 versi utama M1 Abrams telah dihasilkan iaitu M1, M1A1, and M1A2, yang menggabungkan persenjataan, perlindungan dan elektronik yang dipertingkatkan. Peningkatan ini termasuk juga tingkat upaya berkala yang dilakukan terhadap kereta kebal sedia ada telah memanjangkan jangka hayat perkhidmatan untuk membolehkannya diaturgerak ke barisan tempur hadapan. Secara prinsipnya, M1 Abrams adalah merupakan kereta kebal tempur bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, Tentera Darat Mesir, Tentera Darat Kuwait, Tentera Darat Arab Saudi, dan Tentera Darat Australia.