Lumba basikal di Sukan Olimpik Musim Panas 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lumba basikal pada Olimpik Musim Panas 2012 telah dijadualkan untuk diadakan di lima lokasi berbeza, iaitu London Velopark untuk acara lumba balapan dan BMX,[1] dan Hadleigh Farm di Essex untuk acara lumba basikal gunung.[2] Acara lumba jalanan akan menggunakan laluan bermula dan berakhir di The Mall[3] dan menuju ke Surrey, dan acara uji masa akan diadakan di Hampton Court Palace.
Lumba basikal di Sukan Olimpik XXX | |
---|---|
![]() Piktogram acara lumba basikal pada Olimpik 2012 | |
Tempat | London Velopark |
Tarikh | 28 Julai - 12 Ogos |
← 2008 |
18 acara akan dipertandingkan dan 500 atlet dijangka akan bertanding.
Berbanding dengan acara lumba basikal pada Olimpik 2008, terdapat banyak perubahan dalam acara berbasikal balapan untuk Olimpik 2012. Acara kejar-mengejar lelaki dan wanita, dan acara Madison lelaki telah dikeluarkan daripada program Olimpik. Pecut berpasukan dan keirin telah ditambah ke dalam acara wanita, dan acara omnium akan menjadi acara baru untuk kedua-dua lelaki dan wanita.[4]