Luiz Inácio Lula da Silva
From Wikipedia, the free encyclopedia
Luiz Inacio Lula da Silva (lahir Luiz Inacio da Silva pada 27 Oktober 1945), lebih dikenali sebagai Lula, ialah seorang ahli politik dan ketua kesatuan yang merupakan Presiden Brazil ke-39 dan terkini sejak tahun 2023. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Presiden Brazil ke-35 dari tahun 2003 hingga tahun 2010. Beliau diiktiraf sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam 100 pemimpin dunia 2010.
Luiz Inácio Lula da Silva | |
---|---|
Presiden Brazil | |
Memegang jawatan 1 Januari 2023 | |
Naib Presiden | Geraldo Alckmin |
Didahului oleh | Jair Bolsonaro |
Dalam jawatan 1 Januari 2003 – 1 Januari 2011 | |
Naib Presiden | José Alencar |
Didahului oleh | Fernando Henrique Cardoso |
Digantikan oleh | Dilma Rousseff |
Ketua Parti Buruh Brazil | |
Dalam jawatan 10 Februari 1980 – 15 November 1994 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1945-10-27) 27 Oktober 1945 (umur 78) Caetés, Brazil |
Parti politik | Parti Buruh Brazil |
Pasangan | Maria de Lurdes (meninggal) Marisa Letícia Rocco Casa |
Anak-anak | Fábio Luís Lurian Cordeiro Luís Cláudio Marcos Cláudio (Adopted) Sandro Luís |
Kediaman | São Bernardo do Campo |
Profesion | Pekerja automotif Penganjur kesatuan |
Tandatangan |
Beliau telah bertanding semula untuk jawatan presiden tiga kali namun gagal dalam Pilihan raya presiden Brazil 1989. Lula mencapai kemenangan pada 2002, dan dilantik sebagai Presiden Brazil pada 1 Januari 2003. Dalam Pilihan raya Brazil 2006 beliau terpilih semula untuk penggal kedua yang tamat pada 1 Januari 2011.
Pada 12 Julai 2017, beliau telah disabitkan rasuah (lebih khusus, jenayah rasuah yang dalam undang-undang jenayah Brazil ditakrifkan oleh penerimaan rasuah oleh seorang penjawat awam atau pegawai kerajaan) dan pelaburan wang haram dan dihukum sembilan tahun dan enam bulan di penjara oleh hakim Sérgio Moro.[1][2] Hukuman beliau tersebut kemudiannya ditarik semula dan digugurkan oleh Mahkamah Agung Brazil kerana hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap da Silva adalah berat sebelah, sekaligus memulihkan semula hak politik beliau.
Pada pilihan raya Brazil tahun 2022, da Silva menewaskan presiden Jair Bolsonaro dan dijangka akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada 1 Januari 2023.