Lucius Cornelius Sulla
Ancient Roman general, dictator / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lucius Cornelius Sulla Felix[1] (c. 138 BC – 78 BC), biasanya dikenali sebagai Sulla, merupakan jeneral dan negarawan Rom. Dia menonjol kerana memegang jawatan konsol Rom sebanyak dua kali, dan juga sebagai ditaktor Rom. Dia merupakan salah seorang agung yang disanjung dalam sejarah Rom, dimasukkan dalam himpunan biografi ahli politik dan jeneral, berasal dari himpunan biografi Rom terkenal, diterbitkan oleh Marcus Terentius Varro. Dalam Sulla Plutarch, siri terkenal - Kehidupan Selari ("Parallel Lives"), Sulla dipasangkan bersama jeneral dan pakar strategi Spartan Lysander.
Lucius Cornelius Sulla | |
---|---|
Dictator Republik Rom | |
Dalam jawatan 82 or 81 BC – 81 BC | |
Didahului oleh | Gaius Servilius Geminus in 202 BC |
Digantikan oleh | Gaius Julius Caesar in 49 BC |
Konsul Republik Rom | |
Dalam jawatan 88 BC – 88 BC | |
Didahului oleh | Gnaeus Pompeius Strabo dan Lucius Porcius Cato |
Digantikan oleh | Lucius Cornelius Cinna dan Gnaeus Octavius |
Konsul Republik Rom | |
Dalam jawatan 80 BC – 80 BC | |
Didahului oleh | Gnaeus Cornelius Dolabella and Marcus Tullius Decula |
Digantikan oleh | Appius Claudius Pulcher and Publius Servilius Vatia |
Butiran peribadi | |
Lahir | ca. 138 BC Rom, Republik Rom |
Meninggal dunia | 78 BC (usia sekitar 60) Puteoli, Republik Rom |
Parti politik | Optimate |
Pasangan | Isteri pertama Julia Caesaris, Isteri kedua Aelia, isteri ketiga Cloelia, isteri keempat Caecilia Metella, isteri kelima Valeria |
Anak-anak | Pompeia, Lucius Cornelius Sulla, Cornelia, Faustus Cornelius Sulla, Cornelia Fausta, Cornelia Postuma |
Jawatan ditaktor Sulla muncul semasa kemuncak dalam pergelutan antara optimates dan populares, yang sebelumnya cuba mengekalkan kuasa oligarchy dalam bentuk Senate sementara yang berikutnya berpaling dalam kebanyakan kes populism tulin (kepopularan sepenuhnya), emuncak dengan ditaktorship Caesar. Sulla merupakan jeneral yang tulin, berbakat dan mahir, tidak pernah kalah dalam pertempuran; dia kekal sebagai orang tunggal yang telah menyerang dan menduduki kedua-dua Athens dan Rome. Saingannya, Gnaeus Papirius Carbo, menggambarkan Sulla sebagai memiliki kepintaran rubah dan keberanian seekor singa - tetapi yang sebelumnya dianggap olehnya sebagai jauh lebih merbahaya. Campuran ini kemudiannya dirujuk oleh Machiavelli dalam gambarannya bagi ciri-ciri ideal bagi seseorang pemerintah.[2]
Sulla menggunakan tenteranya untuk berbaris ke perang saudara Sulla sebanyak dua kali, dan selepas kali kedua dia menghidupkan kembali jawatan diktator, yang tidak pernah digunakan sejak Perang Punik Kedua lebih satu kurun sebelumnya. Dia menggunakan kuasanya bagi melaksanakan beberapa siri pembentukan semula Perlembagaan Rom, bertujuan bagi mengembalikan keseimbangan kuasa antara Senate Rom dan Tribune Plebeian; dia kemudiannya mengejutkan Dunia Rom (dan selamanya) dengan meletak jawatan ditaktor, mengembalikan kerajaan berpelembagaan normal, dan selepas Consulship keduanya, bersara pada kehidupan persendirian.