Luak
pembahagian kawasan adat di Negeri Sembilan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Luak adalah bahagian pentadbiran bagi kawasan yang terpengaruh dengan Adat Perpatih di Malaysia iaitu di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka. Ia ditadbir oleh seorang ketua digelar Undang atau Penghulu[1]. Di Negeri Sembilan terdapat dua jenis luak iaitu Luak Berundang dan Luak Tanah Mengandung. Tampin juga dianggap sebagai luak tetapi diperintah oleh Tunku Besar Tampin. Sebelum dijajah Inggeris, luak-luak ini bertaraf negeri dan mempunyai kuasa mutlak dengan Undang atau Penghulu menjadi pemimpin[2].