![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7f/Graph_of_common_logarithm.svg/langms-640px-Graph_of_common_logarithm.svg.png&w=640&q=50)
Logaritma biasa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam bidang matematik, logaritma biasa bermaksud logaritma asas 10. Ia juga dikenali sebagai logaritma dekadik dan juga logaritma perpuluhan, dinamakan sempena nombor asasnya, ataupun logaritma Briggsian, sempena Henry Briggs, seorang ahli matematik Inggeris yang menjadi perintis penggunaannya. Ia ditandakan dengan log10(x), atau kadang-kadang Log(x) dengan huruf L besar (namun demikian, notasi sebegini kabur memandangkan ia boleh bermaksud fungsi berbilang nilai logaritma asli kompleks). Pada mesin kira, ia selalunya dilabelkan sebagai "log", tetapi ahli matematik selalunya merujuk kepada logaritma asli dan bukannya logaritma biasa apabila mereka menulis "log". Untuk mengelakkan kekaburan, spesifikasi ISO menyatakan bahawa log10(x) seharusnya ditulis sebagai lg (x) manakala loge(x) ditulis sebagai ln (x).
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7f/Graph_of_common_logarithm.svg/320px-Graph_of_common_logarithm.svg.png)