From Wikipedia, the free encyclopedia
Lockheed Martin EC-130 terdiri dari beberapa siri versi yang sedikit berbeza dalam keluarga Lockheed C-130 Hercules yangt telah dan masih digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, dan sehingga tahun 1990an oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.
EC-130 | |
---|---|
EC-130J Commando Solo dengan antena ekor yang jelas berbeza | |
Peranan | Penyesak komunikasi udara (EC-130H) Operasi maklumat dan psikologi (EC-130J) |
Pengeluar | Lockheed Aircraft Co. Lockheed Martin |
Diperkenalkan | 1975 |
Status | Aktif |
Syarikat penerbangan utama | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 14 buah EC-130H 7 buah EC-130J |
Kos unit | EC-130H: AS$165 juta EC-130J: AS$110 juta EC-130SJ: AS$85 juta[1] |
Dibangunkan dari | Lockheed C-130 Hercules Lockheed Martin C-130J Super Hercules |
EC-130E Airborne Battlefield Command and Control Center (ABCCC) telah dibangunkan berdasarkan pada platform asas C-130E yang menyediakan keupayaan pos arahan udara taktikal 7kepada para komander di darat dan udara dalam persekitaran ancaman udara yang rendah. Pesawat EC-130E ABCCC telah dibersarakan pada tahun 2002 dan misinya telah dipindahkan ke dalam armada pesawat E-8 JSTARS dan E-3 AWACS.
EC-130E Commando Solo adalah versi awal pesawat operasi psikologi (PSYOP) yang digunakan oleh Tentera Udara A.S dan Pengawal Udara Kebangsaan. Pesawat ini juga menggunakan kerangka C-130E yang telah diubahsuai untuk dipasang dengan peralatan elektronik misi yang dibersarakan daripada pesawat EC-121S Coronet Solo. Pesawat ini berkhidmat semasa Perang Teluk Pertama (Operasi Desert Storm), Operasi Uphold Democracy, Perang Teluk Kedua (Operasi Iraqi Freedom) dan Operasi Enduring Freedom. EC-130E akhirnya digantikan oleh EC-130J Commando Solo dan dibersarakan pada tahun 2006.
Pembangunan berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.