![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a3/Lizzie_McGuire_logo.svg/langms-640px-Lizzie_McGuire_logo.svg.png&w=640&q=50)
Lizzie McGuire
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lizzie McGuire ialah sebuah sitkom remaja aksi langsung berskrip Amerika Syarikat yang mempunyai watak-watak yang dicipta oleh Terri Minsky, yang juga membangunkan format terasnya. Siri ini menonjolkan versi animasi bagi watak judul yang mempersembahkan senandika; babak-babak animasi ini diselitkan di antara babak-babak aksi langsung rancangan ini. Lizzie McGuire ditayangkan pertama kali di Disney Channel pada 12 Januari 2001, ikutan tayangan perdana bagi Zenon: The Zequel, dan tamat pada 14 Februari 2004 selepas sejumlah 65 buah episod diterbitkan dan disiarkan. Kelompok penonton sasarannya ialah praremaja dan remaja.
Lizzie McGuire | |
---|---|
![]() | |
Genre | Sitkom |
Pencipta | Terri Minsky |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | Elliot Lurie |
Lagu pembukaan | "We'll Figure It Out," lirik dikarang oleh Angie Jaree |
Penggubah | Sam Winans |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 65 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Pemasangan kamera | Filem; Kamera tunggal (pita video digunakan jarang-jarang) |
Tempoh siaran | 22–24 minit |
Syarikat penerbitan | Stan Rogow Productions |
Syarikat pengedaran | Buena Vista Television m4e AG (Eropah) (2001–2004) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney Channel (2001–2004) Disney+ (akan diumumkan) |
Format gambar | 480i |
Siaran asal | 12 Januari 2001 (2001-01-12) – 14 Februari 2004 (2004-02-14) |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Siri ini memenangi Favorite TV Show dalam Nickelodeon Kids' Choice Awards pada tahun 2002 dan pada tahun 2003.
Siri ini akan dibangkitkan semula di Disney+ dengan Duff yang mengulangi peranannya dan Minsky yang kembali sebagai penggerak rancangan.[1][2][3]