Liyana Fizi
Penyanyi dan penulis lagu Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Liyana Mohamed Fizi[1] (lahir 14 September 1983)[2] merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia.[3] Beliau mula menceburi genre muzik indie pada tahun 2006 dan terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Estrella yang disertainya dari selama empat tahun serta berjaya meraih lapan pencalonan untuk Voize Independent Music Awards pada 2008.[4][5][6]
Liyana Fizi | |
---|---|
Nama lahir | Liyana binti Mohd Fizi |
Kelahiran | (1983-09-14) 14 September 1983 (umur 40) Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Indie, folk, bossa nova |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penulis lirik dan penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal, gitar |
Tahun aktif | 2006–kini |
Syarikat rakaman | Laguna Records (2006-2010) Liyana Fizi Music Publishing (2011-kini) |
Pengkarya berkait | Estrella |
Laman sesawang | liyanafizi |
Sebagai artis solo, beliau pernah melancarkan album sulungnya, Between the Lines pada September 2011. Album ini mengandungi 10 lagu termasuk yang digubah olehnya.[4] Album ini diterbitkan di bawah pengurusannya sendiri iaitu Liyana Fizi Music Publishing dan diedarkan oleh Soundscape Records. Lagu Jatuh telah dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Azura arahan Aziz M. Osman.[7]