Linda Tsen Thau Lin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Linda Tsen Thau Lin (Bahasa Cina: 曾道玲code: zh is deprecated ; pinyin: Zēng Dào Líng) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau kini adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Batu Sapi di Sabah, menwakili Parti Bersatu Sabah (PBS) dari gabungan Barisan Nasional.[1]
Yang Berhormat Datuk Linda Tsen Thau Lin PGDK (Sabh); JMN | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Batu Sapi, Sabah | |
Dalam jawatan 2010–2018 | |
Didahului oleh | Edmund Chong Ket Wah |
Digantikan oleh | Liew Vui Keong |
Majoriti | 3,798 (PRU-13) 6,359 (PRK Batu Sapi 2010) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1956-07-29) 29 Julai 1956 (umur 67) Sandakan, Borneo Utara |
Parti politik | PBS—Barisan Nasional |
Pasangan | Edmund Chong Ket Wah (m. 9 Oktober 2010) |
Anak-anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Tsen yang dilahirkan di Sandakan pada tahun 1956, mengikut persekolahan awalnya di Sekolah Rendah Chi Hwa dan Sekolah Menengah Tiong Hwa, di sini. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di St Brandon School, United Kingdom, dan Trinity College of Music, London serta Fellowship London College of Music[2] merupakan seorang ahli musik dan guru piano serta adalah presiden Persatuan Musik Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Music Society.[3]
Tsen buat kali pertama dipilih sebagai ahli parlimen setelah berjaya memenangi kerusi parlimen Batu Sapi yang sebelum itu dipegang mendiang suaminya Edmund Chong Ket Wah di dalam Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010 pada 4 November 2010 yang diadakan akibat kematian mengejut suaminya di dalam kemalangan. Beliau menwakili Barisan Nasional mengalahkan calon-calon pembangkang dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan the Parti Keadilan Rakyat (PKR).[4] Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura.