From Wikipedia, the free encyclopedia
Limau purut (Jawi: لیماو ڤوروت; nama saintifik: C. hystrix) adalah sejenis tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika Asia Tenggara dan selatan China,[3][4] ia dikenali kerana permukaan buah limau ia yang kasar berkutil bintil atau "purut".[5]
Limau purut | |
---|---|
Buah dan daun limau purut | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Genus: | Citrus |
Spesies: | hystrix |
Peta taburan aneka kultivar Citrus, C. hystrix ditanda hijau pucat[1] | |
Sinonim[2] | |
|
Ia sering kali digunakan dalam masakan-masakan dan perubatan tradisi serata Asia Tenggara, minyak pati buah ini dijadikan bahan membuat minyak wangi.[6]
Tumbuhannya berbentuk pohon kecil dengan tinggi antara 2-12 meter dengan batang-batang kecil rendah yang membengkok atau bersudut manakala setiap rantingnya berduri tajam.[7] Daun muncul setangkai setiap helai[8] berbentuk angka lapan dengan warna hijau gelap yang berkilau licin apabila matang; ia mengeluarkan aroma harum apabila digosok mahupun dikerunyuk.[7]
Buah yang dihasilkan kecil dengan diameter tidak melebihi 2 sm, dengan kulit tebal dengan permukaan kasar "purut".[7]
Daun-daun limau purut amat penting dalam masakan-masakan Thailand (seperti nam phrik dan tom yam),[9][10] Kemboja,[11] Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia (terutamanya dalam kalangan masyarakat Jawa dan Bali) dan Myanmar.[12]
Kulit buah limau purut dijadikan antara rempah utama dalam kari Thai.[9]
Buah limau purut boleh digosok mencuci rambut hingga bersih dan licin[10] serta mampu merawat kelemumur.[13]
Daun-daun ia juga boleh digunakan sebagai penghilang bau kuat baik pada badan semasa mandi mahupun menyegarkan udara bilik.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.