Liga Juara-Juara AFC 2018
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Juara-Juara AFC 2018 akan menjadi edisi ke-37 kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan edisi ke-16 jika di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.
Perincian kejohanan | |
---|---|
Tarikh | 16 Januari – 10 November 2018 |
Pasukan | 46 (dari 20 persatuan) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Kashima Antlers (Kejuaraan Ke-1) |
Naib Juara | Persepolis |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 126 |
Jaringan gol | 364 (2.89 per perlawanan) |
Kehadiran | 1,876,986 (14,897 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Baghdad Bounedjah (13 gol) |
Pemain terbaik | Yuma Suzuki |
Anugerah Permainan Bersih | Persepolis |
← 2017 2019 → |
Pemenang Liga Juara-Juara AFC 2018 akan layak sebagai wakil AFC ke Piala Kelab Dunia FIFA 2018 yang akan diadakan Emiriah Arab Bersatu.[1] Jika satu pasukan dari kelab Emiriah Arab Bersatu menjuarai Liga Juara-Juara AFC, naib juara juga akan layak (bagi menggantikan pemenang Liga-Pro UAE 2017-18).
Urawa Red Diamonds adalah juara bertahan, tetapi tidak dapat mempertahankan gelaran mereka kerana mereka tidak layak melalui Liga J1 2017 atau Piala Maharaja 2017. Ia akan menjadi musim kedua berturut-turut di mana pemegang gelaran tidak dapat mempertahankan gelaran mereka selepas Jeonbuk Motors hilang kelayakan pada tahun 2017 akibat penglibatan mereka dalam skandal penentuan perlawanan.