Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Alia Afiqah Abden (Jawi: ليا ناتليا; lahir 12 November 1992) atau lebih dikenali sebagai Lia Natalia merupakan pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali umum selepas bergelar finalis Pilih Kasih musim ke-2 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.[3][4]
Beliau dilahirkan sebagai Alia Afiqah binti Abden pada 12 November 1992 di Tawau, Sabah. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada pasangan Abden Aben dan Asia Robroy.[5] Beliau mempunyai darah kacukan daripada nenek moyangnya yang berasal dari Australia iaitu dari suku kaum Melayu Kokos.[6]
Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau banyak menyertai majlis peragaan fesyen dan menjadi model untuk butik pengantin. Di bawah bimbingan Rosyam Nor, Lia menyertai program Pilih Kasih musim ke-2 (turut disertai oleh Livonia Ricky Guing, Jay Iswazir dan Ungku Hariz) dan berjaya menjadi salah seorang finalis dalam program tersebut pada tahun 2010. Beliau juga pernah menyertai Dewi Remaja pada tahun yang sama dan Pencarian Gadis M2 pada 2011.[7]
Beliau memulakan kerjaya lakonan melalui telefilem berjudul Dendam Sundel Bolong pada 2011 juga dan filem Azura pada tahun 2012 arahan Aziz M. Osman.[8] Seterusnya, Lia memegang peranan kecil sebagai jururawat dalam filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.[9] Antara 2014 dan 2015, beliau berlakon di samping Zul Ariffin dan Faye Kusairi dalam Istikharah Cinta di TV3, di mana beliau memegang watak Alisya.
Pada tahun 2017, Lia muncul dalam drama web bersiri Pembancuh Kopi Mr. Vampire sebagai watak pembantu yang disiarkan di HyppTV mulai 15 Mac 2017. Drama ini turut dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz, Nazeera Sardi, Fatin Afeefa, Sharifah Shahora dan artis terkenal lain lagi. Drama 30 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diadaptasi daripada novel yang menggunakan tajuk yang sama dan ditulis oleh Aii Fariza.[10]
Lia dilaporkan bakal memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan telah pun bergerak di bawah pengurusan Rubber Tapper Productions.[11]
Pada Hari Raya Aidilfitri 2018, Lia berlakon di samping pelakon senior Scha Al-Yahya menjayakan peranan utama dalam telefilem Baju Raya Eksklusif arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada Raya ketiga. Ia mengisahkan tentang dua sepupu, Nurin dan Hazwani yang merancang untuk menjual baju raya eksklusif bagi Aidilfitri akan datang.[12]
Pada tahun 2021, beliau berlakon dalam drama Cukup Derita Itu dengan memegang watak sebagai Salwa.[2]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Azura | Filem pertama | |
SAM: Saya Amat Mencintaimu | Jururawat | Tidak dikreditkan | |
2017 | Pinjamkan Hatiku | Latifah | |
2018 | Busker | Norli | |
2020 | Syif Malam Raya | Siti | |
2024 | Padu | Ana | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Dendam Sundel Bolong | Astro Ria | ||
Pontianak Beraya Di Kampung Batu | ||||
2012 | Pautan Kasih Rabbeca | TV2 | ||
2014 | Hantu Selfie | Qisha | Astro Ria | |
2016 | Mencari Kaamatan di Gombonan | TV1 | Khas Hari Kaamatan | |
Kembara Nak Dara | Tribute P. Ramlee | |||
Bidadari | Zaiton | Astro Citra | ||
2017 | Di Pintu Syurga | TV3 | ||
Isteri Untuk Abang Long | TV9 | |||
2018 | Baju Raya Eksklusif | Hazwani | TV3 | |
2019 | Kenduri Hari Merdeka | Hana | ||
2021 | Penyiasat Viral | Tiara | TV2 | |
2022 | Adik Kakak | TV3 | ||
Kami Blackpinky | Suhaila | Awesome TV | ||
2023 | Nak Salam Boleh? | TV1 |
Tahun | Tajuk | Watak | Laman web | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Sesal Separuh Nyawa | HyppTV | ||
2017 | Pembancuh Kopi Mr. Vampire | Nuha Filzah | ||
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Pilih Kasih (Musim 2) | Dirinya sendiri/Peserta | TV2 | Beliau berjaya menjadi finalis dalam program ini. |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Pilih Kasih | — | Finalis |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.