From Wikipedia, the free encyclopedia
Levent Yüksel (lahir 21 Oktober 1964) ialah penyanyi dan instrumentalis Turki. Beliau telah aktif dalam industri muzik secara langsung sejak 1993.[2]
Minat Levent dalam seni dan muzik bermula pada usia awal. Beliau mula bermain biola pada usia lima tahun. Semasa pendidikan awal dan sekolah rendah, beliau menyanyi dalam acara sekolah. Kemudian mula menyanyi dalam majlis perkahwinan keluarga dan rakan-rakan. Selepas tamat pengajian, beliau berpindah dari kota pesisir Antalya ke kota seni, Istanbul, untuk belajar muzik di Konservatori Negeri Universiti Istanbul (anbulstanbul Devlet Konservatuarı), dan belajar bermain gitar bes dan menyumbangkan vokal.[2]
Semasa awal 1990-an, Levent dikenali sebagai salah seorang pemain gitar terbaik Turki. Pada tahun 1993, beliau melancarkan album pertama sebagai penyanyi pop, Med Cezir. Album ini melakukan perubahan dramatik dalam citarasa muzik pop Turki, kerana ia menyediakan bunyi baru dengan adunan gaya muzik baru.[2] Biarpun beliau hanya keluarkan 8 album muzik sehingga 2015, muziknya telah menular ke serata dunia dan dipersembahkan dalam pelbagai bahasa. Penyanyi dan kumpulan muzik memulakan kerjaya muzik mereka dengan menggunakan lagunya dalam persembahan mereka.[3] Melodi lagu hits 1996 beliau, "Zalim" telah digunakan dalam beberapa iklan kempen seluruh dunia.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.