Lethwei
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lethwei (Bahasa Burma: လက်ဝှေ့code: my is deprecated ) atau tinju Burma ialah sukan tempur kontak penuh dari Myanmar yang menggunakan pukulan berdiri termasuk pukulan menanduk.[1] Lethwei dianggap sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang paling dahsyat di dunia[2] kerana diamalkan dengan lindungan tangan hanya berupakan gulungan pita dan kain kasa, manakala pejuang dibenarkan untuk menyerang dengan penumbuk, siku, lutut, dan kaki mereka, dan penggunaannya kepala juga dibenarkan.[3] Tidak dibenarkan dalam kebanyakan sukan pertempuran, pukulan tandukan adalah senjata penting dalam serangan Lethwei,[4] memberikan Lethwei nama "seni sembilan anggota",[5][6] dan dianggap sebagai salah satu seni-seni mempertahankan diri yang paling berdarah.[7] Sebilangan besar pengamal Lethwei berasal dari etnik Karen.[8][9]