Leslie Bibb
From Wikipedia, the free encyclopedia
Leslie Louise Bibb (lahir 17 November 1974)[2][3][4][5] ialah pelakon dan model Amerika Syarikat. Bibb muncul di filem dan televisyen pada akhir 1990-an, pertama kali muncul di televisyen pada tahun 1996 dengan peranan kecil dalam beberapa siri televisyen, sementara dalam filem pada tahun 1997 dengan peranan kecil di Private Parts. Peranan pertamanya yang berulang dalam rancangan TV ialah The Big Easy (1997), sebelum peranannya sebagai Brooke McQueen di siri drama WB Network, Popular membawanya lebih dikenali umum; beliau menerima Anugerah Pilihan Remaja untuk Pelakon Wanita Pilihan Televisyen dalam peranan di siri tersebut. Beliau juga muncul dalam Marvel Cinematic Universe sebagai Christine Everhart dalam filem Iron Man dan Iron Man 2, dengan watak tersebut muncul kembali dalam beberapa kempen pemasaran tular sebagai pengacara WHIH Newsfront.
Leslie Bibb | |
---|---|
Kelahiran | Leslie Louise Bibb (1974-11-17) 17 November 1974 (umur 49) Bismarck, Dakota Utara, Amerika Syarikat[1] |
Warganegara | Amerika |
Pendidikan | Sekolah Tinggi Saint Gertrude |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Rob Born (k. 2003; c. 2004) |
Rakan kongsi domestik | Sam Rockwell (2007–kini) |