From Wikipedia, the free encyclopedia
Count Lev Nikolayevich Tolstoy (9 September [G.L.: 28 Ogos] 1828 – 20 November [G.L.: 7 November] 1910) (Rusia: Лев Никола́евич Толсто́й , IPA: [lʲɛv nʲɪkɐˈlaɪvʲɪtɕ tɐlˈstoj] listen (bantuan·maklumat)), selalunya disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Leo (Lyof, Lyoff) Tolstoy, ialah seorang pengarang novel, esei, drama dan filsuf berbangsa Rusia, dan juga seorang penyokong anarkisme Kristian yang berkecenderungan ke arah pencinta damai dan pembaharu pendidikan. Beliau ialah ahli keluarga aristokrat Tolstoy yang paling berpengaruh.
Leo Tolstoy | |
---|---|
Lahir | Yasnaya Polyana, Empayar Rusia | 28 Ogos 1828
Meninggal dunia | November 20, 1910 82) Astapovo, Empayar Rusia | (umur
Pekerjaan | Novelist |
Genre | Realist |
Sebagai seorang pengarang fiksyen, Tolstoy dianggap oleh orang ramai sebagai salah seorang novelis agung sepanjang zaman[1] terutamanya kerana mahakarya beliau seperti Vojna i mir dan Anna Karenina;[2] di mana skop, keluasan dan gambaran realistik masing-masing mengenai kehidupan Rusia abad ke-19 dianggap sebagai antara kemuncak karya genre realisme.[1] Sebagai seorang ahli falsafah moral, Tolstoy dikenali kerana idea-idea beliau mengenai tentangan tanpa kekerasan melalui karya-karya beliau seperti Alam Tuhan Ada di Dalam Anda, yang pula mempengaruhi tokoh-tokoh abad ke-20 seperti Mohandas K. Gandhi[3] dan Martin Luther King, Jr.
Beliau beberapa kali dicalonkan untuk meraih Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan selama empat tahun berturut-turut dari 1902 hingga 1906 serta Hadiah Keamanan Nobel pada tahun-tahunn 1901, 1902 dan 1910; kegagalan dia mendapat hadiah-hadiah ini sangat menjadi keluhan besar dan penuh kontroversi.[4][5][6][7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.